Followers

Thursday 29 December 2011

Kicauan burung yg membawa ke syurga

Pagi2 terdengar bunyi burung berkicau2… terasa mcm cerita dongeng plak burung duk kejotkan bangun pepagi ni…  Cam ala ala Snow White gitu… berangan….Hahahaha…  

Dalam citer Snow White burung dia warna-warni… tp yg kejotkan aku td tu pipit yg warna cekelet jer… x dpt le nak tgk burung warna warni lagi dah zaman hutan batu ni… kat Zoo boleh ler…
Apa lah yg tinggal kt generasi anak2 aku zaman2 akan datang nnt? ntah2 nak dgr bunyi burung pun dah payah… poor future… xdpt nak rasa benda2 semula jadi yg indah2… burung2 color2 tu semua dah duk dlm museum je aku rasa nnt… yg dah diawet, keras kejung and bunyi pun record punya…. Dah pupus… Ntah apa je yg tinggal kt Zoo nnt…
Sebenarnya, kicauan burung yg mengejutkan pg td tu membuatkan aku teringatkan tentang sesuatu yang aku terbaca beberapa hari sudah….
Pernah korang imagine kicauan burung yg boleh membawa kita kesyurga?

Aku x tau and x pasti 100% benar atau tidak apa yg aku baca ni, sbb penulisnya xde plak bgth sumbernya.. dari hadis mana atau dari kitab mana or dari ayat/surah mana… tp mmg touching dan sungguh besar kuasa Allah dan sungguh indah ciptaannya…
Penulis tu kata:- (ni bukan copy paste coz aku tukar ayatnye supaya senang aku nak cerita)
Setiap kali kalimah Lailahaillallah dibaca oleh hamba Allah di muka bumi ni, maka keluarlah seekor burung hijau dari mulut si pembaca yg membacakan kalimah suci itu. Kemudian berterbangangan lah burung2 itu ke Arasy Allah dan berkicauan lah mereka di bawah Arasy Allah itu.
Kicauan itu mengganggu malaikat yg ditugaskan menjaga Arasy Allah. Malaikat pun memerintahkan burung2 tu supaya diam, tp tidak dipatuhi oleh mereka. Mengadu lah si Malaikat pada Allah SWT, kemudian Malaikat itu pun membawa perintah Allah kepada burung2 tersebut yang memerintahkan mereka untuk berhenti berkicau dan diam.
Apabila perintah Allah SWT itu diberitahu kepada burung2 itu mereka berkata
“wahai Malaikat penjaga Arasy Allah, kami boleh berdiam diri tetapi dgn satu permintaan”
Lalu malaikat bertanya .
“Apakah permintaan itu?”
Berkata burung-burung itu.
"Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku, barulah aku akan berhenti membuat bising disini".
Beredarlah malaikat dan menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada Allah. Maka Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima permintaan tersebut
Apabila Malaikat memberitahu burung2 tersebut tentang permintaan mereka yang dimakbulkan oleh Allah SWT, burung itu serta merta berhenti berkicau dan terus bergantungan di Arasy Allah sambil berzikir dan berdoa memohon keampunan untuk orang yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah hingga kiamat…
Betapa hebatnya ciptaan Allah SWT dan betapa pemurahnya Allah SWT….
Burung yang tidak berakal pun tahu menghargai asal usul mereka… Susah sangat ke kita sebagai manusia ciptaan terbaik Allah ini untuk menghargai asal usul kita iaitu tanah dari bumi tempat tinggal kita sekarang ni?

So kawan!!!
Is not too late to start!!! Let’s do our part…. And try to start with simple things likes:-
1.       Reduce plastic beg usage – guna beg eco save…
2.       Stop wasting your food – boleh kurangkan sampah tau…
3.       Stop smoking – mmg susah, but we can try…
4.    Kitar Semula - Asingkan sampah korang..
5.       Switch off your electric appliance when not in use – jimatttt bil letrik

Senang2 je suma tu kan?


"We are what we wear, what we eat, and what we use…."
Ha!!! ada kena mengena? hehehehhe.............

“Entri ini ditulis untuk cabaran #3 iPad MySuperKid yang direviu oleh Fazya Niza dan ditaja oleh Sentuhan Bayu

No comments:

Post a Comment

Budak Comel yg komen...