Followers

Wednesday 27 January 2010

Menguap

Cuba perhatikan pic2 kat bawah ni....





Siapa yg tak menguap lepas tgk gmbr2 ni angkat tangan?

Try tgk yang ni pulak....



Bohong ler kalau korang x nguap sama.... Singa dan kucing ni pun akan menguap once they all tgk kwn2 diaorang menguap...

Penerangan saintifik menyatakan yang kita menguap disebabkan oleh keperluan fizikal kita. Selain daripada kepenatan, kita juga menguap kalau darah kita kekurangan oxygen. Ada juga teori yang menyatakan menguap dapat melaraskan suhu badan kita. Sesetengah orang berpikiran yang kita menguap kalau kita rasa bosan dan mengantuk... memang betul...


Tapi korang perasan tak kalau korang tertengok org lain menguap or tgk gmbr org menguap mcm gmbr kat atas tadi tu... Korang akan menguap jugak, walaupun yg sebenarnya korang xmengantuk...

Ada teori yg mengatakan bila kita lihat orang menguap, otak kita proses informasi dan informasi itu disalurkan ke brain circuitry yang menganalisis dan meniru gaya yang dilakukan oleh orang lain. Circuitry ini dipanggil “mirror-neuron system” kerana ia mengandungi sel otak yang special yang menjadi aktif bila kita membuat sesuatu atau bila kita melihat orang lain membuat sesuatu lalu meniru aksi orang lain.Selain daripada pengajian itu, penyelidik membuat teori bahawa kejangkitan menguap ini dapat menolong kita berkomunikasi... kita punya level of alertness kepada orang lain. Dengan itu, kita dapat coordinate masa tidur kita dengan orang lain.

Satu lagi teori menyatakan menguap adalah senaman untuk peparu dan tisu disekelilingnya. Mengeliat dan menguap adalah salah satu cara untuk menyegarkan kembali otot dan sendi , meningkatkan denyutan jantung dan membuatkan diri kembali segar. Ada juga yang percaya menguap adalah tindak balas perlindungan yang mana sejenis bendalir seperti minyak yang dipanggil surfactant akan dirembeskan semasa menguap bagi membantu melincirkan peparu dari dalam dan mengelakkan ia daripada ranap.

Dalam Islam terdapat beberapa riwayat yg menerangkan serba sedikit tentang menguap antaranya:

Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan At-Termizi daripada nabi s.a.w., katanya yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu. "


Ibnu As-Sunni telah meriwayatkan pula daripada Abdullah bin Az-Zubair r.a., katanya: Telah bersabda Rasullah s.aw. yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah azzawajalla membenci mengangkat suara ketika menguap dan bersin.
Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap, lalu dia berkhayal dalam ingatannya, bahawasanya Nabi alaihis-salam tidak pernah menguap sama sekali, niscaya akan hilang perasaan hendak menguap itu dengan izin Allah. "


Dari riwayat2 ini kita boleh rumuskan beberapa adab yg harus dipraktikkan masa menguap:

1. Tutup mulut... (ni biasa, kalau x nnt syaitan berlumba2 nak masuk dlm mulut tu)

2. Jangan keluarkan bunyi masa menguap...

3. Eloklah disahut dgn Allahuakbar...

Sekian beberapa info tentang menguap....

Renung2kan dan selamat menguap....



Thursday 21 January 2010

Alhamdulillah!!!! Normal

Remember my last entry about MGTT.... Tadi baru pergi amik result kat Hospital Pakar An-Nur...

Alhamdulillah, resultnya sgt terbaik... Doctor tu siap boleh tanya "Muntah ker masa buat test ni?"

Mana ada muntah... pening tin tong je... x muntah pon.... Kalau minum air gula yg bancuh tu mungkin lah akan termuntah.... nasib minum yg carbonate punya... xde le jahanam sgt rasanya... masih boleh handle lagi...

Resultnya kalau dulu masa preggy Ebby puasa 5.2 and lepas minum gula 5.7 yg first time... yg 2nd time puasa 4.9 and lepas minum air gula 5.4...

Kali ni... better... puasa 4.1 lepas minum air gula 4.4.... tu yg doktor tu tanya ada muntah ke tak... sebab badan aku x absorb pun gula tu... Confirm aku xde Diebetis... Yeah yeah yeah....

InsyaAllah akan dipertahankan supaya penyakit tu tak turun kepada aku dan anak cucu cicit ku... stop sampai kat ayah aje yer...

Sebelum amik result tu... risau gak la... kalau2 preggy kali ni kena ker kan... byk effect tu... luka pun mungkin lmbt elok.... xbestnye... xnak jadi mcm nenek hidup bergantung dgn ubat... tiap2 hari kena cucuk insulin sendiri... ish ish ish... elakkan lah...

ALHAMDULILLAH........
INSYAALLAH berkekalan sampai tua....
AMIN......

Tuesday 19 January 2010

Ala!!!! x ter nominate pun....

Entry kecewa, coz Ebby x ter nominate pun utk masuk Cutest Baby of the Planet 2009...


6 baby yg berjaya mencompletekan 20 calon kesemuanya ialah: -









14 yg memang dah confirm layak sebab menang tmpt pertama kedua dari contest bulanan pulak ialah: -






Tahniah yer baby-baby suma...


Nak tgk gmbr mereka2 yg come lote ni singgah le ke MBP xpun terus je click banner ni...


Cabaran baru utk 20 babies ni dah pun bermula.. diaorang kena buat mengikut syarat2 yg ditetapkan oleh LittleMama dlm masa 3 hari sahaja.... nak tau apa tugasannya... Terjah le ke SINI...

Bertungkus lumus le mereka semua yer... besok last day nak hantar assignment... mcm buat keje sekolah plak...

Walaupun Ebby xberjaya menjadi calon akhir... tp xpe... Ebby xsabar nak tunggu MBP Gathering ni... xsabar nak main ngan kawan2 baru...

Semoga berjaya buat calon2 akhir...

Thursday 14 January 2010

Cutest Baby of the Planet Nomination


Fuh!!! Kali ni mesti berpuluh LittleMama nak menempek 180 gmbr baby yg dihantar utk nomination Cutest Baby of the Planet.... tu nak menempek je... belum lagi nak review 180 blog yg dihantar...
Nak pilih 6 yg berjaya dari 180 satu masalah lagi.... meriah nomination ni... sambutan yg sgt memberansangkan....

Pagi2 ni on je PC terus bukak MBP... Oooh ada entry pasal nomination... excited terus nak cari gmbr Ebby... sroll punya scroll sampai ke bawah xde... ala nape xde... xpuas hati scroll lagi slow slow kali ni... yg 1st td mungkin agak gelojoh... Fuh!!! nasib baik ada...



Ni ha dia!!!!

180 tu bukan semua tau... ada lg hantar nomination but maybe certain requirement x dipenuhi maka nya penyertaan terbatal... huish!!!! nasib baik Ebby punya nomination x terbatal... Alhamdulillah... LittleMama kata tunggu besok... 6 baby yg terpilih akan diumumkan...

LittleMama, nak tnya boleh... Macam mana pilihan dibuat? vote ker? ada criteria tertentu ker? curious nak tau ni...

Ish! Ish! Ish! xsabar nak tunggu announcement nye besok.... dapat ke tidak dak Ebby ni...

What ever pun... We wait and see... kalau dpt Alhamdulillah, kalau xdpt try lagi this year... huhuh... tu pun kalau MBP xserik nak buat Contest Cutest Baby mcm ni lagi lah kan...

Tuesday 12 January 2010

DRAMA KING

RAJA DRAMA
Kali pertama aku mengenalimu
Mahu bersama
Mahu bersama
Raut wajahmu bersih
Meyakinkan hati ini
Aku terpaut
Semua dusta palsu
Aku tertipu
Keperibadianmu
Berubah menurut nafsu
Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu
Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hati upahan
Sampai bila
Kau mahu tersesat
Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat
Mahkotamu Raja Drama
Kau masih berpura-pura
Kata-katamu hanya propaganda
Mengejar hijau ungu
Mata kelabu
Ini bukan kau yang pernah ku kenal dulu
Panggilanmu gelaranmu
Baruku tahu
Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu
Kau bertapa
Bagai maharaja di atas lembah
Lakon layarmu yang terhebat
Memukau mata melihat
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila Raja Drama
Sampai bila Raja Drama
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila Raja Drama
Sampai bila Raja Drama
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat

SNAP VIA MIRROR CONTEST



See this pic... ni adalah pic 1 family yg pantang nampak cermin pelik... sure nak amik gmbr punya... Yang pegang camera and snap gmbr ni is my Sis... nama dia Mimi... This picture was take masa we all g Petrosains KLCC masa cuti sekolah haritu... saja bawa anak buah jalan2...

Yg pakai tudung is my Sister in Law nama dia Rozlina, 2 org budak lelaki tu anak dia, Fizi and Firdaus... That guy yg tersenyum menganga dan berjanggut tu of coz Mr. Daddy... and me with my baby Ebby...

Kebetulan kat situ ada satu corner yg dipenuhi cermin depan belakang atas bawah suma nyer cermin... Mari bergambar le apa lagi....
Ceria je masing2 kan... mestilah sebab corner ni masih diawal pengembaraan di Petrosains... Dah nak ujung2 semua dah mcm terung layu... mana tak nyer... 4 jam round2 dlm tu... letih but fun and interesting... byk benda baru yg we all belajar...

Kenapa dlm byk2 gmbr yg diambil kat Petrosains tu, gmbr ni yg den upload? senang aje jawapan nye... sebab nak joint contest Cik Blog ni ha.....


Mari joint beramai-ramai... Cik Blog punya syarat2 senang aje... nak tau lebih lanjut g lah terjah Blog dia Dari Kaca Mata yang Berbeza...
Komen dan kritikan membina utk blog Cik Blog:-
Q-first Boutique - content ok... heading menarik... maybe awk boleh consider guna wide column template... sebab agak lenguh nak scroll down to see your list of product... kalau pakai wide column template maybe 2 pictures can be place at one line... jimat space kat situ...
Dari Kaca Mata yang Berbeza - content and entry ok jugak... heading tu quite interesting... cantek lah... Maybe awak boleh consider guna 3 column template... coz side bar terlampau panjang sampai kebawah... Visiter nak cari awk punya blog post agak payah sebab dia kat bawah sgt...
Kalau tukar 3 column... boleh bahagi2... xde lah biler org scroll down side bar je yg ada content, main coloumn kosong kan...
Walau apa pun ni sekadar cadangan... terpulang kepada tuan punya blog nak menerima atau tidak....
Segala syarat contest sy dah buat.... Tinggal tunggu result aje nnt... lambt lagi contest tutup...
Contest bermula pada 8 January 2010 dan berakhir pada 8 February 2010...
So geng... jom joint... sambil tu boleh usha Handphone utk Muslimin dan Muslimah dekat Q-First boutique... harga berpatutan... function sgt menarik... style dan gaya pun cantek... ada member kat opis dah beli... memang nmpk cute n berguna le...

Renung2kan dan selamat bercontest....

Monday 11 January 2010

MGTT

Kalau dah ada family background Diebetis tu memang xleh nak lari....

Nenek ada kencing manis, atok pun ada... ayah baru dpt, adik beradik ayah majoriti ada kencing manis... ingat Opah Lang yg kena potong kaki sebab kencing manis yg aku cerita dulu...

So pendek kata... keturunan aku ni darah dan kencingnye manis2 semuanya...

Macam biasa, pregnant women yg ada family background diebetis confirm kena buat MGTT Apa kebendanya MGTT ni?

MGTT = Maternity Glucose Tolerance Tests

Test ni memang akan dilalui oleh kebanyakan preggy ladies... sebab mengikut kajian 2-3 wanita dr 100 wanita akan menghidap diebetis ketika mengandung... mereka yg berisiko tinggi ialah yg berumur lebih dari 35 thn, obesiti, and yg ada family background...

So kalau anda termasuk dari salah satu golongan itu memang xleh lari dari kena buat MGTT...
Sama lah cam den ni ha....

Masa pregnantkan Ebby, 2 kali kena buat... memang xleh blah sbb kena minum air gula yg bapak manis... rasa nak termontah je... tp kalau ko muntah kat depan nurse tu, dia suruh ko blk buat appointment br kena buat lagi sekali... padan muka... kenapa aku kena 2 kali? coz first tu memang wajib kena dah coz dah ada family background... 1st test clear... result aku 5.2 and 5.7... kira normal lah tu... 2nd test tu doktor suh buat coz berat badan naik melampau... pun kena juga... adeh... 2nd test pun clear... confirm aku xde diebetis... insulin aku berfungsi dgn baik... result 4.9 and 5.4... masih lagi normal... 4-6 tu kira normal lah tu... kalau dah lebih... sah ada diebetis... kena berhati2...

Mcm mana test ni dijlnkan?
First, mlm sblm buat test, kena pose, lepas kul 12 mlm xleh mkn or minum... kena dtg awal... area kul 8 dah kena amik darah... lepas amik darah minum air gula bengong tu... masih berpuasa xleh mkn... lepas 2 jam amik darah sekali lagi.. tu jelah... result kuar 2 3 hari lepas tu...

Sama mcm dulu kali ni pun aku kena buat juga... tp kali ni lmbt sket... Last Saturday aku terpaksa kejutkan Ebby bgn pepagi n mandi... kesian dia sejuk tu... Kali ni aku buat MGTT ni kat Hospital Pakar An-Nur... Jauh sket dr umah... so kena grak awal... sebelum masuk amik darah lagi aku dah rasa nak muntah coz terbayangkan rasa air gula yg sgt yarkeeee... mind set dah salah dah tu... tp nak buat camne... xleh nak elak... sbb dah pernah rasa kan... lain le kalau xpernah rasa...

Budak nurse yg amik darah aku tu sgt berhati2... takut benar dia nak cucuk tgn aku... cucuk je dik xpe... da biasa dah... aku kata... dah amik darah dia bg aku sebotol air... aku pun teguk dgn berhati2... Aik!!! mcm sedap je air ni aku kata... aku tgk botol tu... Rupanya dia bg aku carbonate glukose... Alhamdulillah aku xdpt yg bancuh punya... Aku teguk aje air tu sampai habis... lega... xyah le aku susah nak menghabiskan air gula yg bapak manis tu... yg ni pun manis jugak le... tp xterasa sgt coz dia ada gas... kalau ikutkan kandungan gula dia sama je...

pastu tunggu le kat luar sampai 2 jam.... dah amik darah lagi sekali aku pun balik... result lagi 2 3 hari... sok le tepon tnya result... hopefully result aku normal n negative diebetis... xnak lah ada diebetis... takut... tahun lepas je 2 org family aku yg meninggal sbb penyakit ni... aku xnak mengulang sejarah...

Sebagai langkah berjaga2... aku memang dah start healthy living lepas pemergian Opah Lang...

No more Softdrink,
less sugar for all my drinks,
Less Junk foods,
Eat lot of fruits and veggie,
Minum air masak byk....
Nasi pun aku dah kurangkan sikit2...
Mkn ikut time...
Balance diet...
Kurangkan mkn ayam...
Nak start mkn biskut oat... (tp cari yg munchys punya biskut OK tu xjumpa2 plak... coz kalau nak suh aku mkn Quaker Oat tu memang aku xmampu... ke tong sampah le jawab nye... xleh masuk langsung benda tu kat tekak aku, at least biskut tu nmpk sedap kat mata aku...
n lastly
Nak bersenam selalu...

tp time skang ni nak jln pun dah xberapa nak larat kan... so tggu lepas pantang... aku nak active sukan semula... nak dpt my ideal figure semula... Ni kira azam thn 2010 aku le... doakan aku tak hangat2 tahi ayam dah lah... pantang kali ni xnak cincai2 dah... aku nak beli bengkung moden tu nnt... lantak lah mahal pun... janji azam aku tercapai... Amin............

Thursday 7 January 2010

COMMITTEE MEMBER UTK MBP 1st GATHERING



Macam xpercaya!!!!

Tanggungjawab ni!!!

Xpe... aku sendiri yg volunteer...

Best tau buat gathering... Best tau kalau joint gathering camni... lagi2 kalau free...

Nak tau lebih lanjut pasal gathering ni g terjah entry pasal committee member ni...

Announcing – MBP Commitee for 1st Anniversary Gathering

Details Event:

*Date: 24th January 2010, Sunday 8.30am – 12.00 noon*

*Venue: Taman Tasik Shah Alam*

* Meal-Style: Potluck*

* Theme: Go Green!*

*Fee: FREE*

Nak kena pikir nak bawa apa utk potluck ni...

Tugas yg dipertanggungjawabkan ialah assist Juan dlm keje2 Registration and buat name tag...

Alamak!!! mesti Yahoo mail punya inbox dah ponoh... dah berminggu2 xleh buka... mcm mana nak berhubung dgn Juan ni...

Facebook boleh?