Followers

Tuesday 11 June 2013

Okonomiyaki 1st timer....

OKONOMIYAKI???
APo tuh???
Adik beradik Isa Miyaki ker???
Hahhaahahhahaa....
Ia adalah sejenis pancake Jepun yg diperbuat drpd sayur kobis dan apo sajo yg ko nak letak...
Okonomi bermaksud "apa yg ko nak"
Yaki plak maksudnya "msk" /"grill"
ni bukan memain nih... nih betul pnya makna ni... xcayo???
check sini
 

Dah lamo teringin nak buek bendo alah ni... tp xberkesempatan... smlm berjaya juga...
Dah berzaman aku beli fish flake tu... atau nama Jopun nye... Katsubuoapokobondoentah... hhahahahhha...
 
Camno nak buek???
Sonang yo....
Apo yg ada dlm esbok ko... buleh bubuh dlm menatang nih... dah namo eh "Apo ko nak?"
tp bahan utamo eh... musti ada:
Kobis
Tepung
Telor
 
Peh tu, ah... dipotong, dicincang kobis ko tu.... byk mana... suko hati ko... tmbh carot buleh, tmbh spring onion buleh, tmbh shitake buleh... apo yg ko nak tmbh ha tmbh... 
Pastu ko bancuh tepung gandum dgn air.. mcm nak buek cekodok tu... tp biar cair sket... mcm nak goreng pisang... msk hondashi, kalo xdo ganti dgn cube ayam/ikan bilis pon boleh...
kemudian msk le segala sayur yg ko dah cincang td...
dah jd cam nak buek cekodok kan...
 
oh!! lupa lak den... dlm tepung tu ko msk sket soda bikarbonat... pehtu kalo ko nak sedap, buleh gak letak isi ayam, daging, sotong, udang... apo yg ko nak lah...
org JOpun suko letak bacon...
Smlm yg den buek tu den lotak sosej yo... esbox den kosong... xmenyoping brg dapo laie...
 
Sosej tu, den goreng dulu dgn bwg yg den slice2...
Pehtu sediakan lah non- stick pan ko tuh... buh minya sket...
ahh tabur aduna yg cm cekodok td tu... buatlah ikut tebal yg ko suko...
buat nipis buleh, tebal bulih...
ok bile dah buh atas pan tu... lepek2kan dio... cam buek lempeng...
 
pastu susun le isi yg ko nak letak td kek atas dio... api kecih cukup... karang hangus lak.. agak2 dah msk, terbalik an...
biar 1 side lg msk.. pastu dah buleh hias dgn topping cam den buek tu... tabur sos okonomiyaki dgn fish flakes dgn mayonis dgn serbuk nori(seaweed)... sodap...
sos dia tu payah nak cr kt kodai... byk yg xsahih status kehalalannyo...
 
so nak selamat.. baik buek sendiri... sonang yo...
 
1cwn sos tomato/cili
1cwn sos whisterer (camno ejo eh xroti den) kalo xdo, kicap cair pun jadi...
garlic seulas (chop)
halia 1cm (chop)
1/4 cwn gula...
 
masakkan yo suma bahan smpi larut gula... n jd pekat sikit... dah siap...
 
cubo jgn x cubo...
 
 

Monday 10 June 2013

Setepek kena kt muka!!!

Kisah ni aku bc dekat facebook lah cam biasa... yg penipu dan yg benar suma kt facebook skang ni...
biler aku bc... aku rs mcm kena penampo halimunan... berdama muka ni  dibuatnya sekejap...

Tapi aku xde lah sampai xtau nak bc langsung... tp aku rs segan bile bab nak buat hantaran and Quran tu berabuk hnya di jadikan perhiasan... Ya Allah dah berapa lama aku tidak menyentuh dan membuka kitab mu... Renung- renungkan dan selamat beramal... Cerita ni dikongsi utk peringatan bersama...

Kepade mereke2 yg nk menghantar dan menerime hantaran..pk pkkan

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil.. “Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran. “Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah. “ Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.. “Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ...

“Oh.. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“ Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.
“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta-merta.. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih. “Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.. Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd
“Apa benda nih ” detik hati Nabil.

“ Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA... RIII..!! ” berlagu Nabil. Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.. ” kedengaran suara gemersik Ustaz Sa ’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa ’ad.

“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama,kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa ’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu. Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

read this..


Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua ......kerana Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda:-
'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'