Followers

Showing posts with label Knowledge. Show all posts
Showing posts with label Knowledge. Show all posts

Thursday, 22 August 2013

Format gambar passport dah tukar!!!!

As Salam,

Sapa yg x de nak buat passport recently sure xtau yg skang format gmbr passport dah bertukar yer... bukan lagi warna biru... Sile amik tahu kawan2, supaya nnt x membazir g print gmbr passport kaler biru lg...

Kalo xcaya bleh gi check kt website imigresen...


Bukan lagi biru kawan2... skang dah jd warna putih... spesifikasi mcm gmbr kt atas ni...
Siapa yg agak2 nak print sendiri utk jimat uwang... boleh le guna apps kt website Persofoto ni...

Al-kisahnye kenapa aku bercerita pasal gmbr passport ni???
Sbb kena sediakan dokumen n gmbr utk Pre-School regirstration Kak Ebby...

Sekian...

Monday, 10 June 2013

Setepek kena kt muka!!!

Kisah ni aku bc dekat facebook lah cam biasa... yg penipu dan yg benar suma kt facebook skang ni...
biler aku bc... aku rs mcm kena penampo halimunan... berdama muka ni  dibuatnya sekejap...

Tapi aku xde lah sampai xtau nak bc langsung... tp aku rs segan bile bab nak buat hantaran and Quran tu berabuk hnya di jadikan perhiasan... Ya Allah dah berapa lama aku tidak menyentuh dan membuka kitab mu... Renung- renungkan dan selamat beramal... Cerita ni dikongsi utk peringatan bersama...

Kepade mereke2 yg nk menghantar dan menerime hantaran..pk pkkan

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil.. “Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran. “Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah. “ Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.. “Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ...

“Oh.. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“ Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.
“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta-merta.. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih. “Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.. Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd
“Apa benda nih ” detik hati Nabil.

“ Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA... RIII..!! ” berlagu Nabil. Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.. ” kedengaran suara gemersik Ustaz Sa ’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa ’ad.

“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama,kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa ’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu. Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

read this..


Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua ......kerana Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda:-
'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'


Wednesday, 18 January 2012

Apa SOPA ni?

Biler Wikipedia dan Wordpress buat blackout hari ni baru le ramai yg aware about SOPA. Atau nama penuhnya Stop Online Piracy Act.... dan tentunya keyword SOPA sgt hot skang ni.... so korang x tau apa benda SOPA ni? Bukan Sofa yg empuk kt rumah tu... no no no... let me explain

What is SOPA?

En. Google kata :-

"It's a proposed bill that aims to crackdown on copyright infringement by restricting access to sites that host pirated content"

Paham x? translate sendiri lah yer kalau x paham...

SOPA ni dah hangat diperkatakan di seluruh dunia sekarang... terutamanya di Amerika Syarikat. Niat murni pemberi cadangan iaitu Congres Amerika Syarikat pada dasarnya hanya lah utk membenteras Piracy di dunia maya. which mean bagus nak banteras cetak rompak...

Namun perlaksanaan SOPA ni dijangka akan memberi kesan yg buruk dan tidak adil bagi pengasas perkhidmatan internet seperti Google, Wikipedia, Facebook, Wordpress, dan byk lagi provider yang ada kt dunia ni.... payah le nak dpt maklumat di hujung jari nnt...

Memang lah cetak rompak itu salah, tp dlm negara sehebat mana pun it is possible to vanish piracy at one short.. Apatah lagi dengan kebanyakkan perkhidmatan berasaskan web sekarang, seperti YouTube, Facebook dan sebagainya menggunakan kandungan yang dijana oleh pengguna, maka mengawalnya adalah sesuatu yang sukar.

Dengan pengenalan SOPA, ia confirm akan memberikan kesan yang menyeluruh kepada perkhidmatan seumpama ini, dan memberikan kesan kepada penggunannya di seluruh negara, termasuk Malaysia.

Sekarang ni Wikipedia dan Wordpress dah menunjukkan bantahan mereka dengan membuat blackout... kalau korang cuba search kt Wikipedia hr ni page akan berubah jd hitam jer... mcm ni


Bayangkan kalau FB blackout?
Aku percaya mesti ramai jugak lah yg blackout 1 hr...
Sangap n rasa empty... hahahahahha
Kebanyakan blogger ada yg pki Wordpress sbg host blog... mesti merana gak sehari..coz xleh nak update blog...
Nasib baik Blogger x blackout...
Boleh aku update blog yg dah 3 hr berabuk ni... hihihihihihihi....

Tapi bukan mereka je yg protes... ada byk lg yg protes antaranya Google, AOL, Yahoo, Microsoft, PayPal, Mozilla, FourSquare, eBay and byk lg....

So kalau korang rasa nak protes juga... sila lah... coz kalau x protes skang, ada kemungkinan di masa2 akan datang no more free movie download, no free mp3 download utk korang lg... terpaksa beli cd saje yer.....

Jom blackout.... huhuhuuuhuhuhuuuuuuuuuu....

Friday, 29 July 2011

Ebby at 34months

Ebby,

At this age she makes me speechless with her questions, her act, her progress and so many things about her..... Going to be 3 years this Raya...

Potty train
Amazingly it is extremely easy..... i'm very suprise with her progress... Start take away her Huggies a last few weeks end of June i think...  1st 3-4days payah sket, coz she can't remember the feel.. rasa nak terkencing tu dia xleh nak recognise between poo poo and pee pee... mula2 tu 10 kali g toilet within 1/2 hour... xlarat nak kejo... nak kentut pun dia nak g toilet... bile dah terkucil tu terus nak pki pampers blk,,, dia takut terkucil lagi... after one week, dia dah pandai dah...pegi toilet terus.. cuci sendiri, n pakai seluar sendiri... but mestilah aku monitor cara2 dia cuci tu... takut  xbersih pulak nnt... dah xyah pki pampers kecuali malam...

nak tido je pakai kan... jimat duit mommy beli huggies size L... dah le pki size L jer...korang selalu jumpa budak umur 2++thn still pki L? jarang kan? Memang jimatlah Ebby ni...

And now after almost a month Ebby xpakai pampers disiang hari... last week, nak dijadikan cerita aku terlupa nak pki kn dia pampers sblm tido... sbb dah letih beno dah time tu... Terkejut gak le aku coz dia x kencing pun pg tu... biasanya dia ni mmg kuat kencing time malam kalau pakai pampers lencun gak le pampers setiap pg... xpercaya punya pasal... aku pun check, belek tilam tu puas2... xde basah pun.. so lepas tu aku saje x bg dia pakai pampers sblm tido, n guess what, dia mmg x kencing pun... dah lebih kurang 4-5hr dah... belum pernah kencing ditilam lg...

One more thing, dia dah pandai tahan n control… kalau dlm kereta bile suruh tahan smpi umah dia boleh buat…
I'm proud of my girl...


Notty words
Biasalah, budak2 zaman sekarang senang mengikut yg x baik dari yg baik.. One day blk rumah dia marah dgn adik dia... Dia sebut perkataan Babi... aku marah.. n explain kt dia elok2... besok tetiba dia tukar jd Babok.. dia marah Ameen je dia jerit Babok... mula2 aku xpaham... tetiba dia sebut Siput Babok.. then br aku paham, itu kata ganti nama bg Babi rupanya... Bodoh jd Basi, Badi... suka hati dia lah... dia nak sebut apa.. tp bile time dia nak mengamok kt adik dia jelah...

One day we all g 1 birthday party, Mr Hubby's friends among each other borak2 pasal isu lemak Babi kt dlm susu.. n they keep on repeating that word all over again... Sekali tetiba Ebby panggil Daddy dia n bisik

"Daddy, dia ckp Babi."

Mr Hubby terkelu, xtau nak explain apa n just said....

"xdelah, bukan lah..."

Luckily i'm not around masa tu, kalau x dgn aku aku sekali terkesima... hahahhahaha... So kalau korang, how do you explain it to your kids?


Do, what you teach them to do
This is a lesson to me actually, bak kata pepatah, jgn jd ibu ketam yg mengajar anaknya jalan lurus sedangkan diri sendiri jln senget... aku selalu ajar dia bg elok2 dgn tgn kanan anything to anybody.. one day... aku punya tahap malas berkepuk2, aku amik botol susu dia n golek kn kt lantai to pass to her Daddy... tiba2 dia selamba je sound aku

"Bagi elok2 x oleh?" n ulang 2 kali...

aku terus tersengih... N tetiba Daddy dia plak sound aku...

"Ha!! Mommy bg elok2 x boleh ker?" sambil menyeringai perli2 aku... hampeh betullah...


Independent
Proudly I’m saying that she is an independent girl… Kemana tumpah kuah kalau x ke nasi kan? Hhahahha this is my chance to masuk bakul angkat sendiri…. Everything, she wanted to do it herself… Pakai baju, pakai kasut, sapu lotion kt badan lepas mandi… cukup marah dia, kalau aku tolong…

“Kakak wat shiri lah!!!” sampai nangis2 suh bukak blk, sbb nak buat sendiri…

Kadang2 aku plak yg nak ngamok.. time relax2 xpe le… bile time nak cepat lmbt le jd nye kan…

On and off radio and aircond dlm keta pun dah jd dia punya job description dah skang ni… xsempat2 Daddy dia nak start enjin dia dah tekan… Pastu mengamuk kalau benda tu dah off/on tp bukan dia yg off/on…

Pergi toilet, kalau kt rumah dia akan pergi sendiri toilet.. senyap2 je dah hilang…kadang2 bersuara bile kepala paip ketat sgt xboleh nak buka… tau tau dah siap basuh… kalau kt luar dia ckp le, coz dia xtau kt mana toilet…

Tuang air suam sendiri, kadang tolong tuang air utk adik sekali… of coz bukan pki jug… rumah aku ada water dispenser yg diletak rendah, so dia boleh reach… Cawan/pinggan/botol susu dia pun aku letak di rak rendah supaya dia boleh reach… kt sinki pun aku dah letak something like bangku supaya dia boleh basuh tgn n cawan dia sendiri…. Xlarat aku nak g basuh tgn dia sentiasa.. dia ni perangai penggeli lain macam… mkn biskut tiger susu tu yg xde effect kt tgn pun dia nak basuh tgn.. habis satu basuh tgn, habis satu lagi, basuh lg… ko bayangkan kalau dia mkn coklat… xke letih?

Boleh diharap
Suka tolong aku lipat baju... tp lipat baju dia n adik dia jelah... suka menyebok kt dapur time aku masak...
"Kakak lolong mommy lipat baju eh?"
"Mommy, kakak nak lolong mommy asak oleh?"


Tapi dia paling liat kalau aku suh dia tolong kemas mainan dia yg sebakul tu... alasan dia
"Adik yg sipah la Mommy. Kakak tak wat ponnnnn..."

Banyak lagi aku nak cerita… tp ni pun dah panjang… sambung lain kali lah yer… Umur macam Ebby ni akan ada byk soalan2 yg akan dia tanyanya… So aku kena bersiap sedia dan tanya En. Google siap2 mcm mana gayanya nak handle any kind of questions… Dah mcm nak jwb interview rasanya…

Anybody knows any resource to get a guideline of handling toddler at this age…. Or maybe you guys can share any same experience that you guys has faced??

Friday, 3 December 2010

Demam Kepialu sedang menular

Bila Dr. bgth aku dijangkiti virus S. thypi… tercengang aku… apa kebendanya tu… rupanya typhoid… still xtau lagi typhoid tu benda… sbb ckp ngan Dr. pun through phone tu yg still cam blur2 jer… dia call sbb nak bgth result blood test, and urine test yg terpaksa dibuat keatas aku kelmarin….

Al-Kisah

Rabu-24-Nov-2010

Kepala aku dah ting tong xleh blah… masuk opis, tp batuk n selsema lebih menguasai… minta izin boss gi Klinik Gomez kt Street Mall… Dapat MC… terus balik umah.. syok dpt tido…
Malam dah boleh main futsal…


Khamis-25-Nov-2010

Masuk opis dgn segar… sihat dah aku ni… Ptg main futsal…

Jumaat-26-Nov-2010

Hidup cam biasa dah kurang dah batuk n selsema… keje cam biasa… ptg g main badminton plak…


Sabtu-27-Nov-2010

Bangun pagi kepala agak ting tong n tengkuk sakit… ingat salah tido… bangun terus mandi n sapu n mop umah… elok habis mop umah je… badan rasa cam lembik semacam… rasa cam penat giler… kepala pening makin kuat… berdiri pun xlarat… ingat sbb xmkn mlm smlm…. ada appointment dgn Dr. Chan PAED Ebby and Ameen… so terpaksa gagahkan diri bawa diaorang g Klinik… blk dr klinik mkn nasi ayam… rasa cam lapar sgt tadi… tp mkn separuh je pun dah xlalu…

blk umah try mkn ubat yg dpt hr Rabu hrtu… tp badan jadi seram sejuk.. bulu roma meremang, segala joint mula sengal n lemah… rasa sesgt x bermaya… bantai tido sambil berselubung dlm selimut di tghari buta yg agak panas terik gak lah… muka jadi merah, telinga bulut semua panas dari dlm… ptg mkn ubat lagi… kuranglah seket sengal2…

Mr. Daddy request kek pisang.. gagah kan diri buat kek pisang… walaupun xsehat tp berjaya… 3rd time buat kek… Malam langsung xleh blah.. duduk xkena baring xkena… segalanya lenguh bebeno… tido kul 8… tgh malam terbangun xleh tido kepala berdenyut2… pejam gak mata… tp nmpk benda yg mengarut2…

Ahad-28-Nov-2010

Worse… pagi xlarat langsung nak bangun… harini mmg xkemana lah jwbnye… akak sebelah kenduri doa selamat anak dia khatan pun aku xlarat nak g… Allah penyakit apa kah ini… cepat lah berambus penyakit… Mr.Daddy beli Nasi Lemak pun aku xmkn… sejuk nak mampos… tp badan panas giler… nak turun kan temperature aku terpaksa memandikan diri walaupun sbnrnya aku menggigil mcm kt kutub…

xde buat apa satu hari... Thanks to Mr. Daddy and Mimi coz jaga budak2... xlarat lah... membuta je yg aku leh buat... makan langsung xlalu...batuk sampai muntah... biler batuk kepala belah kanan rasa cam kena ketuk ngan kayu besbol... mlm mkn ubat tido pun x berapa lena... dlm kepala boleh ke g keje sok ni?

Isnin-29-Nov-2010

Sama... xberubah... tp mata dah x lalu nak tido... gagahkan diri bangun... hntr budak2 rumah nanny... breakfast roti canai... kari rasa xsedap giler... terus g klinik ngan Mr. Daddy... dia siap EL... love u, tq... Dr. amik temperature, disebabkan br mandi bdn aku sejuk... tp dlm panas... so termometer xberenti sampai ke 41'c... Dr. pun terkejut... suspect denggi so kena buat blood and urine test... dpt 2hr MC.. amik ubat... balik... Mr. Daddy kemas umah tp aku tido dan hnya boleh pandang je dia buat keje... sorry lah not today... dah malam rasa bertambah baik... Alhamdulillah... Dr. call bgth result... suh amik antibiotik tambahan lagi sok.. suh tmbh MC...

Selasa-30-Nov-2010

Bangun lambat, Mr. Daddy lmbt g keje... hntr bebudak g rumah nanny... hntr Mr. Daddy ke opis... terus g Klinik smlm semula... amik ubat... blk and search apa bendanya TYPHOID ni.... dan ini yg aku dpt:

Tyhpoid atau dlm bahasa pasarnya Demam KEPIALU [demam kepialu rupanya, br aku tahu]

Apa itu demam kepialu?

Demam kepialu merupakan sejenis penyakit yang boleh mengancam nyawa disebabkan oleh bakteria Salmonella thypi (S. thypi).
Ia biasa ditemui di beberapa bahagian negara membangun. Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggarkan, sebanyak 16 juta kes demam kepialu berlaku saban tahun. Kira-kira 600,000 daripadanya meragut nyawa.
Demam kepialu boleh dicegah melalui pemvaksinan dan biasanya boleh dirawat dengan penggunaan antibiotik bagi mengurangkan tempoh kesakitan serta mengurangkan gejala-gejalanya. [amik ko agak bahaya lah kan, kalau xdpt rawatan, skang aku still mkn antibiotik. sampi minggu depan, nnt kena follow up semula dgn buat blood test]

Bagaimanakah ia menular?

S. thypi hanya berumah di dalam tubuh manusia. Seseorang yang menghidap penyakit ini akan membawa bakteria di dalam saluran darah dan saluran pencernaan mereka.
Sebilangan kecil daripada pesakit yang dinamakan sebagai pembawa, pulih daripada penyakit ini tetapi terus membawa bakteria di dalam badannya.
Apabila kedua-dua pesakit dan pembawa membuang air besar, S. thypi turut dikeluarkan bersama-sama najis.
Anda boleh jatuh sakit sekiranya memakan makanan dan meminum minuman yang dikendalikan oleh seseorang yang mengeluarkan S. thypi ataupun, jika sisa kumbahan tercemar dengan bakteria S. thypi memasuki air yang anda gunakan untuk minum atau membersihkan makanan.
Oleh kerana itu, demam kepialu sering ditemui di tempat-tempat di mana penduduknya kurang mengamalkan membasuh tangan manakala airnya mungkin tercemar dengan sisa kumbahan.
Sekali bakteria S. thypi dimakan atau diminum, ia akan membahagi dan merebak ke dalam saluran darah dan badan akan bertindak balas dengan menunjukkan beberapa gejala seperti demam. [aku xtau dr mana aku dpt itu virus, Dr. kata between 1 week lah... aku puas pikir ktne aku mkn yg leh dpt benda tu]

Langkah-langkah pencegahan

Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat mencadangkan dua tindakan asas bagi melindungi diri anda daripada demam kepialu:

1. Rebus, masak, kupas atau lupakan sahaja.
Elakkan makanan serta minuman yang berisiko. Ini mungkin mengejutkan anda tetapi melihat apa yang anda makan dan minum terutamanya semasa dalam perjalanan adalah sama pentingnya seperti anda mendapat pelalian.
Dengan menghindari makanan berisiko juga mampu melindungi diri anda daripada lain-lain penyakit seperti cirit-birit, kolera/taun, disenteri dan hepatitis A.

2. Dapatkan pemvaksinan.
Jika anda menetap atau dalam perjalanan menuju ke negara yang biasa diserang wabak demam kepialu, anda perlu menimbangkan pemvaksinan menentang demam kepialu. Berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui lebih lanjut tentang pilihan vaksin anda.

Apakah gejala-gejala demam kepialu?
- Demam tinggi yang berpanjangan, setinggi 39o hingga 40o Celsius [aku ada]
- Badan terasa lemah dan tidak bermaya [ni juga]
- Sakit perut dan hilang selera makan [selera mkn mmg xde]
- Sakit perut
- Dalam sesetengah kes, pesakit akan mengalami ruam bertompok warna merah jambu (seperti bunga mawar) [yg ni xperasan plak]

- Satu-satunya cara untuk mengesahkan sama ada seseorang itu menghidap demam kepialu adalah dengan cara menguji sampel najis atau darah bagi mengesan kehadiran S. thypi.


Apakah yang boleh anda lakukan?
Jika anda mengesyaki diserang demam kepialu, segeralah berjumpa doktor. [nasib baik jumpa cepat]
Mereka yang diberikan antibiotik lazimnya akan mula menunjukkan tanda-tanda pulih dalam tempoh dua hingga tiga hari. Kematian jarang berlaku jika pesakit mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun, pesakit yang tidak mendapatkan rawatan akan terus mengalami demam sehingga berminggu dan berbulan lamanya. Sebanyak 20 peratus daripada mereka akan meninggal dunia disebabkan oleh komplikasi jangkitan.

Bahayanya tidak akan berakhir...
Sekalipun gejalanya kelihatan seperti telah tiada, namun, anda masih berkemungkinan membawa S. thypi.
Jika demikian, penyakit itu mungkin datang semula dan anda dalam masa yang sama boleh menyebarkan demam kepialu kepada orang lain.
Malah, jika anda terlibat dalam kerja-kerja mengendalikan makanan dan menjaga kanak-kanak kecil, anda mungkin dilarang meneruskan tugas sehinggalah doktor benar-benar pasti anda tidak lagi membawa bakteria S. thypi.
Pengajaran utk aku... jgn mkn sembarangan tempat yg xtentu kebersihannya... amalkan sikap suka basuh tgn xkira masa...

Skang ni aku mcm fobia lagi nak mkn kt gerai2.... serik dowh... seksa demam camtu... xnak dah...


Nota kaki: Wash your hand with soap every time.... reminder for myself....

Friday, 5 November 2010

Kebetulan Atau...........????

This is from email which is has been in my mailbox for a long time ago... I find it interesting to share.... (speaking lak hari an an an)
x pernah di ajar dlm sejarah... (betul ke tidak aku xtau... kalau mereka betul maka betul lah.. kalau yg sebarkan email tu menipu maka penipu lah aku juga)


Abraham Lincoln was elected to Congress in 1846.
John F. Kennedy was elected to Congress in 1946.

Abraham Lincoln was elected President in 1860.
John F. Kennedy was elected President in 1960.

Both were particularly concerned with civil rights.
Both wives lost their children while living in the White House.

Both Presidents were shot on a Friday.
Both Presidents were shot in the head

Now it gets really weird.

Lincoln 's secretary was named Kennedy.
Kennedy's Secretary was named Lincoln .

Both were assassinated by Southerners.
Both were succeeded by Southerners named Johnson.

Andrew Johnson, who succeeded Lincoln , was born in 1808.
Lyndon Johnson, who succeeded Kennedy, was born in 1908.

John Wilkes Booth, who assassinated Lincoln , was born in 1839.
Lee Harvey Oswald, who assassinated Kennedy, was born in 1939.

Both assassins were known by their three names.
Both names are composed of fifteen letters.

Now hang on to your seat.

Lincoln was shot at the theater named 'Ford.'
Kennedy was shot in a car called ' Lincoln ' made by 'F ord.'

Lincoln was shot in a theater and his assassin ran and hid in a warehouse.
Kennedy was shot from a warehouse and his assassin ran and hid in a theater.

Booth and Oswald were assassinated before their trials.

And here's the kicker...

A week before Lincoln was shot, he was in Monroe , Maryland
A week before Kennedy was shot, he was with Marilyn Monroe.


So you guys decide... Kebetulan atau..................????