Followers

Friday 20 November 2009

Tahukah anda apa dia 4 Penyakit Serangkai?

Entry kali ni berkisarkan 4 penyakit serangkai yg sering berkait rapat dan boleh dikategorikan sebagai pembunuh tertinggi di Malaysia....

Apakah 4 penyakit tersebut?

Kencing manis, tekanan darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan sakit jantung. Biasanya jika seseorang ada kencing manis, dia berisiko tinggi mengalami tiga penyakit lain, terutama jika gagal mengawal paras gula dalam darah. Jadi ibu bg keempat-empat penyakit ini ialah Kencing Manis atau dlm bahasa saintifiknya Diebetes.

Dianggarkan di seluruh dunia ada kira-kira 250 juta pesakit kencing manis dan catatan menunjukkan kebanyakannya meninggal dunia akibat komplikasi penyakit. Punca utama kematian di kalangan pesakit kencing manis ialah masalah jantung dan kegagalan buah pinggang.

Di Malaysia, jumlah pesakit kencing manis kini mencecah 1.2 juta orang dengan catatan 650,000 kes baru setiap tahun. Kebanyakan pesakit tidak sedar mereka menghidap penyakit kronik ini hinggalah mengalami pelbagai gejala yang menjejaskan kualiti hidup.

Kencing manis adalah penyakit zaman moden paling nyata dan menjadi punca kematian kelima tertinggi di dunia. Dianggarkan satu kematian berlaku dalam setiap 10 saat akibat kencing manis.

Penyakit kencing manis biasanya ia merupakan suatu penyakit seumur hidup. Tujuan rawatan untuk penyakit kencing manis ialah untuk melegakan simptom dan mengembalikan paras gula darah kepada paras normal dan untuk mencegah komplikasi. Penyakit kencing manis yang dibiarkan tanpa kawalan akan menyebabkan kerosakan buah pinggang, mata, kaki dan kulit.

Cara mengawal penyakit kencing manis termasuklah pemakanan, penjagaan berat badan, senaman dan ubat. Selain itu pengambilan ubat secara teratur juga dpt mengurangkan risiko komplikasi.


Sebagai kesimpulan,
Utk mengelakkan anda menjadi mangsa kepada penyakit 4 serangkai ini amalkan pemakanan dan kehidupan yg sihat sekaligus mengelak dari menjadi pesakit kencing manis ataupun diebetes.

No comments:

Post a Comment

Budak Comel yg komen...