Harapan Mommy hanya satu, nak tgk Ebby berjaya dunia, akhirat dan jadi khalifah Allah yg berguna...
Followers
Thursday, 26 November 2009
Ibu Hadif’s Giveaway ~ Anugerah Terindah
Harapan Mommy hanya satu, nak tgk Ebby berjaya dunia, akhirat dan jadi khalifah Allah yg berguna...
Update sale Nasi Lemak
Alhamdulillah semalam punya jualan memberansangkan...
Mimi habis jual sebelum kul 9...
Nasi and sandwich yg aku tinggalkan kat pantry pun laku jugak...
Tapi xhabis le... ada sandwich 1 xterjual... yg lain suma habis...
Ada satu lagi tapi... disebabkan aku just tinggalkan aje kat pantry... risiko org xbayar tu ada...
and semalam ada 1 nasi dan 1 sandwich org xbayar... xpelah... pandai2lah dia tanggung sendiri... jadi darah daging tu...
Hari ni up sikit jadi Nasi 16 kat pantry and 24 kat Mimi...
Tadi Mimi msg dia kata akak sebelah ada jual Nasi + lauk2 pulak... so kurang memberansangkan sikit sale... semalam akak tu cuti... hari ni dia ada pulak...
aku pun lupa besok kan dah raya haji... nape le aku buat byk... ish buat sedang2 pun xpe td... lupa lah...
Pastu td buka email opis... Brother Cafe belanja mkn lunch plak hari ni... kalau lunch dah free... susah le nak habis nasi aku tgh hari nnt... Adeh!!!!
Takpelah... rezeki tu ada... Biasalah berniaga ada untung ada rugi... Pasrah jelah...
Wednesday, 25 November 2009
Bisnes Nasi Lemak dan sandwich
Feedback yg aku dpt kat Cafe opis xberapa best pg ni... Buat aku down sekejap lah tadi... mana xnya... bangun kul 3.30... sampai kul 11 mlm td baru aku tido blk... sampai pening kepala dah... pastu Akak cafe kata bebudak opis kata xsama la dgn yg selalu... memang lah xsama... tgn lain yg buat kan? mcm mana nak buat sebiji cam ucu punya... tp diaorang kata ok lah... coz nasi byk... Yang hntar kat opis sebelah pun diaorang tnya dah tukar org ke? Smlm tu testing je... packaging pun mcm hampeh... sbb xpernah buat... 1st time... give us time to improve ok... nak kena minta SOP kat mama mcm mana nak buat sambal mcm dia punya yg sgt menyengat....
Takpe takpe... dugaan nak memulakan perniagaan... ada yg suka ada yg xsuka... lain org lain selera... xpe aku try improved di masa2 akan datang...
Hari ni hantar nasi ucu kat Cafe opis n opis sebelah cam biasa... Tapi aku ngan Mimi pun buat 32 bungkus utk test market... 20 Mimi jual, lagi 10 aku try letak kat pantry, n lagi 2 Mr.Daddy try jual kat budak opis dia plak... pastu ada jugak aku try letak sandwich kat pantry... Sandwich telur n sardin... xtau le boleh jalan ke tak?
So far, xde berita lagi mcm mana sale... once dah ada berita akan ku update....
Minta2 sale ok le... Amin...
Tuesday, 24 November 2009
New Link in New Window
Monday, 23 November 2009
Potong
K.E.N.T.U.T
Hihihi...
Mari baca info kentut... jgn ingat kentut tu terjadi saja2... ada fungsinya...
Dari gas dalam usus. Gas dalam usus berasal dari udara yg kita telan, gas yang menerobos ke usus dari darah, gas dari reaksi kimia dan gas dari bakteria dalam perut.
Apakah komposisi kentut?
Pelbagai. Makin banyak udara anda telan, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut (oksigen dari udara diserap oleh tubuh sebelum sampai di usus). Adanya bakteria serta reaksi kimia antara asid perut dan cairan usus menghasilkan karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan metana dan hidrogen.Komposisi gas tergantung apa yang anda makan, berapa banyak udara tertelan, jenis bakteria dalam usus, berapa lama kita menahan kentut. Makin lama menahan kentut, makin besar kandungan nitrogen, kerana gas-gas lain terserap oleh darah melalui dinding usus. Orang yang makannya tergesa-gesa kadar oksigen dalam kentut lebih banyak kerana tubuhnya tidak sempat menyerap oksigen.
Kenapa kentut berbau busuk?
Bau kentut busuk kerana kandungan hidrogen sulfida yang mengandung sulfur (belerang). Makin banyak kandungan sulfur dalam makanan anda, makin banyak sulfida dihasilkan oleh bakteria dalam perut dan makin busuklah kentut anda.Telur dan daging mempunyai peranan besar dalam menghasilkan bau busuk kentut. Kacang-kacang berperanan dalam menghasilkan isipadu kentut, bukan dalam kebusukannya.Kenapa kentut menimbulkan bunyi?Kerana adanya getaran lubang dubur pada masa kentut dikeluarkan. Kekuatan bunyi bergantung pada kelajuan gas.
Kenapa kentut yang busuk itu hangat dan tidak berbunyi?
Salah satu sumber kentut adalah bakteria. Fermentasi bakteria dan proses pencernaan menghasilkan haba, hasil sampingannya adalah gas busuk. Ukuran gelembung gas lebih kecil dan hangat dengan produk metabolisme bakteria yg berbau busuk. Ini kemudiannya menjadi kentut, walau hanya kecil isipadunya,tapi SBD ('Silent But Deadly').
Berapa banyak kentut dihasilkan sehari?
Lebih kurang setengah liter sehari dalam 14 kali kentut.
Mengapa kentut keluar melalui lubang dubur?
Bukankah sepatutnya gas kentut bergerak ke atas disebabkan ketumpatannya lebih ringan? Tidak demikian. Gerakan peristaltik usus mendorong isinya ke arah bawah. Tekanan di sekitar lubang dubur lebih rendah. Gerakan peristaltik usus menjadikan ruang mempunyai tekanan, sehingga memaksa isi usus, termasuk gasnya untuk bergerak ke kawasan yang bertekanan lebih rendah, iaitu sekitar lubang dubur.Dalam perjalanan ke arah lubang dubur, gelembung-gelembung kecil bergabung jadi gelembung besar. Kalau tidak ada gerakan peristaltik, gelembung gas akan menerobos ke atas lagi, tapi tidak terlalu jauh, kerana bentuk usus yg rumit dan berbelit-belit.
Berapa waktu yang diperlukan oleh kentut untuk melakukan perjalanan ke hidung orang lain?
Bergantung kepada keadaan udara, seperti kelembaban, suhu, kecepatan dan arah angin, berat molekul gas kentut dan jarak antara 'transmitter' dengan 'receiver'. Selepas meninggalkan sumbernya, gas kentut menyebar dan konsentrasinya berkurang.Kalau kentut tidak dikesan dalam beberapa saat, bererti ianya mengalami 'peleraian' di udara dan hilang ditelan udara selama-lamanya. Kecuali kalau anda kentut di ruang sempit, seperti lif, kereta, kepekatannya lebih banyak, sehingga baunya akan berlegar dalam waktu yang agak lama sampai akhirnya diserap dinding.
Apakah setiap orang kentut?
Sudah pasti, kalau masih hidup. Sesaat setelah meninggalpun orang masih boleh kentut.
Betulkah lelaki kentut lebih kerap daripada perempuan?
Tidak ada kaitannya dengan jantina. Kalau benar, bererti perempuan menahan kentutnya, dan apabla mahu kentut, banyak sekali jumlah yang dikeluarkan.
Bilakah biasanya orang kentut?
Pagi hari di tandas, yang disebut 'morning thunder'. Kalau resonansinya bagus, boleh didengar di seluruh penjuru rumah.
Mengapa makan kekacang menyebabkan banyak kentut?
Kekacang mengandung zat gula yang tidak boleh dicerna tubuh. Gula tersebut (raffinose, stachiose, verbascose) jika sampai di usus, bakteria di usus akan 'berpesta' dan membuat banyak gas. Jagung, kubis, susu juga penyebab banyak kentut (bukan baunya!).
Selain makanan, apa lagi penyebab kentut?
Udara yang tertelan, makan terburu-buru, makan tanpa dikunyah, minum 'soft drink', naik pesawat udara (kerana tekanan udara lebih rendah, sehingga gas di dalam usus mengalami pengembangan & muncul sebagai kentut).
Apakah kentut sama dengan sendawa, tapi muncul dari lubang lain?
Tidak. Sendawa muncul dari perut, komposisi kimianya lain dengan kentut. Sendawa mengandung lebih banyak udara, kentut mengandung lebih banyak gas yang dihasilkan oleh bakteria.
Ke mana perginya gas kentut kalau ditahan/tidak dikeluarkan?
Ia akan diserap oleh darah, berpindah ke bahagian atas menuju usus. Namun pada akhirnya akan keluar juga. Jadi ia bukan lenyap, tapi hanya mengalami penangguhan.
Mungkinkah kentut terbakar?
Boleh saja. Kentut mengandung metana, hidrogen yang boleh terbakar (gas asli mengandung komponen ini juga). Kalau terbakar, nyalaannya berwarna biru kerana kandungan unsur hidrogen.
Bolehkah menyalakan mancis dengan kentut?
Jangan mengada-ada. Suhunya tidak cukup panas untuk memulakan pembakaran.
Mengapa kentut anjing & kucing lebih busuk?
Kerana anjing dan kucing adalah karnivor (pemakan daging). Daging kaya dengan protein. Protein mengandung banyak sulfur, jadi bau kentut binatang ini lebih busuk. Berbeza dengan herbivor seperti kambing, kuda, gajah, yang menghasilkan kentut yang lebih banyak, lebih lama dan lebih kuat bunyinya, tetapi relatifnya tidak berbau.
Betulkah pening kepala kalau mencium bau kentut 2-3 kali berturut-turut?
Kentut mengandung sedikit oksigen, mungkin sedikit saja anda mengalami pening kepala kalau mencium bau kentut terlalu banyak.
Apakah warna kentut?
Tidak berwarna. Kalau warnanya oren seperti gas nitrogen oksida, akan tahulah siapa yang kentut..hehehe
Apakah kentut itu asid atau neutral?
Asid, kerana mengandung karbon dioksisa (CO2) & hidrogen sulfida (H2S).Apa yang terjadi kalau seseorang kentut di planet Venus?Planet Venus sudah banyak mengandungi sulfur (belerang) di lapisan udaranya, jadi kentut di sana tidak ada kesannya.
Sekian saja info tentang kentut.
Info diperolehi dari : Info kesihatan anda
Friday, 20 November 2009
Opah Lang pergi juga...
Entry kali berkisar tentang penyakit keturunan yg xkan ada berkesudahan...
Alkisah...
Setelah 3 bulan menjadi penghuni tetap di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Zakiah Hamid aka Opah Lang pergi meninggalkan Tok Alang dan anak nye.... Yang lebih menghayat hati, Opah Lang pergi pada hari yg sama ulang tahun perkahwinannya dgn Tok Alang... Semalam genap 40tahun umur perkahwinan mereka... Tok Alang yg dah tak berapa nak sihat redha dgn pemergian isteri tersayangnya... sekuat boleh dia cuba menahan air mata dia keluar...
Opah memang sudah lama menderita sakit kencing manis semenjak usianya masih muda, dan terpaksa menjalani rawatan dialisis 3 kali seminggu kerana kegagalan buah pinggangnya semenjak beberapa tahun sudah...
Beberapa minggu sebelum bulan puasa September lepas, penderitaannya makin teruk apabila luka kecik dijari manis kaki kanannya tidak mahu sembuh. Bukan luka besar pun terpotong isi sikit je masa kepit kuku. Dari luka sekecil semut bernanah menjadi hitam satu jari, kemudian merebak dan akhirnya terpaksa dipotong.
Opah terpaksa menjalani 5 kali pembedahan utk memotong kakinya... pembedahan terakhir yg menyebabkan dia hilang keseluruhan kakinya pada hari raya pertama yg pastinya menghibakan anaknya, cucunya, dan paling berduka semestinya Tok Alang...
Selepas potongan pertama dan kedua dia masih mampu pulang dan berpuasa dirumah... pertengahan bulan puasa apabila kakinya terpaksa dipotong lagi sampai paras atas lutut, dia mula menjadi penghuni tetap HTAR...
Tok Alang ada bercerita masa aku pergi melawat. Dia kata sepanjang 3 bulan tak pernah sehari pun dia tak pergi melawat. Tapi dia terasa ralat dan sedih sebab tak ada disisi isterinya waktu dia menghembuskan nafas terakhirnya pada 19 November 2009 jam 13.30 tghari. Tok Alang ada cerita lagi, dia kata pukul 12 tgh malam tu arwah ada telefon, katanya dia nak pergi jauh, sempat dia wish Happy Aniversary kat Tok Alang.
Jenazah diuruskan sepenuhnya oleh pihak hospital. Mandi, kapan, solat jenazah semuanya dilakukan didalam bilik pengurusan jenazah HTAR. Aku sempat melihat jasad Opah Lang yg dah terbujur kaku selepas dimandikan. Paling membuat hati ku sayu wajahnya yg putih melepak tersenyum manis dipembaringan. Namun hatiku jadi sebak dan insaf bila pandanganku jatuh pada luka bekas pembedahan dikaki kanannya. Yang tinggal hanya punggung, peha pun dah tak de. Bengkak dan membiru membawa ke kaki kiri.
Ya Allah, betapa seksanya waktu hayatnya menanggung sakit dan nyilu akibat penyakit kencing manis ni.
Jenazah selamat dikebumi dan ditalkinkan di Tanah Perkuburan Rantau Panjang. Majlis pengkebumian selesai tepat jam 19.00 mlm.
Jenazah sedang dikapankan...
Surat kebenaran menguburkan... sebab kematian ACS
Apa dia ACS? ACS ialah singkatan kepada Acute Coronor Syndrome. Komplikasi Diabetes yg berlaku dan mengakibatkan serangan jantung dan kesukaran utk bernafas sekali gus menjadi sebab kematian. Aku ada buat search dan entry pasal Diabetes ni... bleh try bc disini, disini, dan disini..
Kalau dah baca entry2 tentang diabetes yg aku dah bg tu, korang akan tahu risiko2nya, mcm mana nak elak, simptom2 nye...
Dan aku juga berisiko tinggi, sebab ianya penyakit keturunan, Ayah dah ada darah tinggi dan kencing manis, mama pun ada darah tinggi, nenek pun ada kencing manis yg bergantung pada insulin tetiap hari, Atok pun ada darah tinggi dan baru2 ni gula dlm darah dia naik mendadak sampai 30... bayangkan kandungan gula normal ialah dibawah 10 sedangkan dia punya 30... bahaya giler... doktor kata bila2 masa dia boleh collapse...
Aku terpaksa meningkatkan langkah berjaga2 coz sekarang ni preggy plak tu... risiko sgt tinggi utk mendapat penyakit merbahaya ni...
Last sekali, semoga roh Opah Lang ditempatkan ditempatkan ditempat org2 yg beriman dan diredhai Allah. Takziah pada Tok Alang dan keluarga. Al-Fatihah buat Opah Lang. Amin.
Kencing Manis aka Diebetes Part 2
Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir, Hindu, Cina dan Yunani (Greek). Tanda-tanda penyakit kencing manis, seperti dahaga yang melampau dan kerap kencing, telah digambarkan oleh orang Mesir di atas paprus pada 1550 BC. Pakar perubatan India juga telah membahagikan pengidap kencing manis kepada dua kategori semenjak abad ke lima lagi. Nama lain kencing manis ialah diabetes yang bererti pancur air, dinamakan oleh pakar perubatan Yunani (Greek), Areteus dari Cappadocia semenjak 2,000 tahun dahulu.
Perkataan mellitus kemudiannya ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing. Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang terawal adalah mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat samada semut menghurungi tempat tersebut.
Bukti kaitan kelenjar pankreas dengan punca penyakit kencing manis dijumpai pada tahun 1897, apabila dua orang pakar sains, Minkowski dan Von Mering membuktikan hubungan kelenjar pankreas dengan kencing manis dengan membuang kelenjar pankreas pada anjing, menyebabkan anjing tersebut mengidap kencing manis.
Walaupun penyakit kencing manis telah lama diketahui, kawalan penyakit kencing manis yang berkesan hanya diketahui pada 1921 apabila Frederick G. Banting dan Best menjumpai fungsi insulin sebagai pengawal kandungan glukosa dalam darah.
Apakah Insulin ?
Insulin merupakan sejenis hormon yang dihasilkan oleh sel kelenjar pankreas yang dikenali sebagai Langerhans islets ( kepulauan kecil ). Insulin bertugas untuk menceranakan glukosa dan bertindak membenarkan glukos dalam darah menembusi dinding sel.
Jenis-jenis Kencing Manis
Kencing manis boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu :
1. Diabetes bersandar insulin
Diabetes jenis pertama juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent' ) atau diabetes awal remaja. Pengidap diabetes bersandar insulin boleh hidup seperti normal selagi mereka menerima suntikan insulin, tetapi mereka akan menerima maut sekiranya mereka tidak mendapat suntikan insulin dalam tempoh yang agak singkat.
Diabetes ini sering didapati pada golongan kanak-kanak dan remaja yang memerlukan beberapa suntikan insulin setiap hari, atau menggunakan pam insulin, untuk terus hidup. 5% hingga 10% pengidap diabetes merupakan dari jenis kencing manis jenis I.
Ini mungkin disebabkan oleh genetik, kesedaran yang lebih luas dikalangan masyarakat barat, atau kurang kesedaran dikalangan masyarakat Asia mengenai penyakit diabetes dikalangan kanak-kanak.
Pengidap diabetes bersandar insulin perlu disuntik sebelum makan dan kadang-kala insulin tambahan perlu disuntik pada waktu malam sebelum tidur. Ibu bapa hendaklah menyimpan rekod bacaan paras gula anak mereka untuk perhatian dan tindakan susulan daripada doktor dan pakar pemakanan. Paras gula yang direkodkan itu amat penting untuk membolehkan doktor mengubah suai pemakanan kanak-kanak terbabit dan mengubah dos insulin.
2. Diabetes bebas insulin
Diabetes bebas insulin (jenis kedua) juga dikenali sebagai diabetes peringkat permulaan dewasa. 90% hingga 95% daripada pengidap kencing manis mengidap diabetes bebas insulin (jenis kedua). Diabetes bebas insulin (jenis kedua) biasanya bermula dengan ketahanan insulin, dimana badan tidak menggunakan insulin dengan berkesan. Apabila keperluan menggunakan insulin meningkat, kelenjar pankreas tidak lagi mampu mengeluarkan insulin pada kadar mencukupi. Diabetes bebas insulin (jenis kedua) biasanya berlaku seiring dengan faktor usia lanjut, gemuk (obesity), terencat ketahanan glukos, keturunan atau bangsa (genetik) dan kurang bersenam. Diabetes bebas insulin (jenis kedua) juga semakin meningkat dikalangan kanak-kanak dan golongan remaja di Malaysia
3. Diabetes ketika Hamil (Gestational diabetes)
Diabetes ketika hamil merupakan sejenis alahan glukos yang dikenal pasti pada sebahagian wanita ketika mengandung. Diabetes ketika hamil sering didapati di kalangan orang Amerika keturunan Afrika, Hispanik/Latin, dan Red Indian. Diabetes ketika hamil juga biasa didapati dikalangan wanita kuat makan, atau wanita yang dari keturunan pengidap diabetes. Ketika mengandung, diabetes ketika hamil memerlukan rawatan untuk menurunkan paras gula dalam darah agar tidak memberi kesan kepada kandungan. Selepas mengandung, kebanyakan wanita 90% hingga 95% kembali sembuh. Sebahagian kecil pula antara 5% hingga 10% didapati mengidap diabetes bebas insulin (jenis kedua). Wanita yang mengalami diabetes ketika hamil mempunyai risiko 20% hingga 50% mengidap diabetes dalam tempoh 5 hingga 10 tahun. Diabetes ketika hamil juga meningkatkan lagi risiko bayi mempunyai paras bilirubin yang tinggi (demam kuning) berbanding bayi normal.
4. Diabetes bentuk lain
Terdapat diabetes yang disebabkan oleh faktor genetik (peringkat permulaan dewasa), pembedahan, dadah, kurang zat permakanan, jangkitan, dan penyakit lain. Diebetes bentuk lain membentuk 1% hingga 5% daripada semua penyakit kencing manis yang dikenal pasti.
Masalah Pengidap Kencing Manis
Bagi pesakit kencing manis yang tidak mengawal penyakit mereka, mereka berhadapan dengan kesan yang lebih serius. Antara kesannya ialah :
- Kegagalan buah pinggang
- Serangan jantung
- Kebutaan / Katarak
- Koma (hilang kesedaran)
- Angin Ahmar (strok)
- Lemah Tenaga Batin (lelaki)
- Sakit saraf atau "mati pucuk"
- 'gangrene' atau anggota tubuh mati/membusuk
- Cemas.
- Berdebar-debar.
- Berpeluh.
- Menggeletar.
- Terasa lapar.
- Terkeliru.
- Penglihatan kabur.
- Pening lalat.
- Tidak sedarkan diri.
Tanda-tanda lebihan paras gula di dalam darah atau hiperglisemia ialah :
- Sering membuang air kecil, terutama pada sebelah malam.
- Kerap terasa haus.
- Muntah-muntah.
- Badan semakin kurus.
- Koma.
- Sukar bernafas.
- Sakit perut.
Kencing Manis aka Diebetes Part 1
Penyakit kencing manis juga boleh dikelaskan kepada:
Diabetes Primer
Jenis I (IDDM)
Jenis ini dikenali sebagai Diabetes Mellitus Bergantung Insulin kerana insulin yang dihasilkan oleh badan adalah sangat rendah dan tidak mencukupi untuk keperluan badan. Bentuk ini lebih kerap ditemui dalam kanak-kanak dan remaja. Hanya 10% daripada pesakit kencing manis yang berusia lebih daripada enam puluh lima tahun menghidapi penyakit kencing manis jenis ini. Keadaan ini boleh dirawat dengan pengawalan pemakanan dan melalui suntikan insulin.
Jenis II (NIDDM)
Jenis ini juga juga dikenali sebagai Diabetes Mellitus Tak Bergantung Insulin. 90% daripada kes penyakit kencing manis tergolong dalam jenis ini. Dalam Diabetes Jenis II, pankreas menghasilkan insulin yang tidak mencukupi. Ia biasanya berlaku dalam orang yang berusia lebih daripada 40 tahun. Sebilangan besar pesakit (lebih kurang 85%) adalah gemuk. Keadaan ini biasanya bersifat keturunan. Rawatan biasanya terdiri daripada pengawalan pemakanan sahaja atau pengawalan pemakanan dan pengambilan ubat. Sesetengah pesakit juga memerlukan suntikan insulin.
Diabetes Sekunder
Penyakit kencing manis ini disebabkan oleh penyakit pankreas yang lain, peningkatan permintaan terhadap fungsi pankreas yang tidak normal, seperti dalam penyakit kencing manis semasa mengandung, dan yang disebabkan oleh ubat dan toksin. Lebih kurang 20 hingga 25% wanita yang mengalami diabetes gestasi, atau penyakit kencing manis semasa mengandung, akan mengalami penyakit kencing manis apabila usia mereka telah meningkat. Rawatan bagi diabetes gestasi adalah melalui pengawalan pemakanan sahaja atau pengawalan pemakanan dan pengambilan ubat.
Simptom / GejalaSimptom-simptom yang paling biasa ialah:
- Kerap membuang air kencing
- Sentiasa berasa dahaga
- Selera makan meningkat
- Letih
- Hilang berat badan
- Jangkitan kulit yang kerap, misalnya jangkitan kulat pada kawasan kemaluan
- Luka yang lambat sembuh
- Kadang-kadang penglihatan menjadi kabur
Kebanyakan orang mempunyai satu atau lebih simptom tetapi ada orang yang tidak mempunyai sebarang simptom.
Rawatan
Penyakit kencing manis biasanya ia merupakan suatu penyakit seumur hidup. Tujuan rawatan untuk penyakit kencing manis ialah untuk melegakan simptom dan mengembalikan paras gula darah kepada paras normal dan untuk mencegah komplikasi. Penyakit kencing manis yang dibiarkan tanpa kawalan akan menyebabkan kerosakan buah pinggang, mata, kaki dan kulit. Cara mengawal penyakit kencing manis termasuklah pemakanan, penjagaan berat badan, senaman dan ubat.
Pemakanan
Pengawalan pemakanan adalah penting untuk mengawal diabetes. Pemakanan yang betul bukan setakat mengelakkan makanan dan minuman yang manis sahaja.
- Pesakit kencing manis harus makan 3 kali sehari setiap hari pada masa yang ditetapkan.
- Pesakit tidak patut tertinggal masa makan.
- Makanan yang mengandungi kandungan fiber yang tinggi seperti roti jagung, mi, oat, biskut kraker yang tidak dimaniskan, chickpea, lentil dan sayur-sayuran harus diambil.
- Makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi, misalnya gula yang telah diproses, coklat dan madu harus dielakkan.
- Pengambilan lemak tepu harus dikekalkan pada paras minimum kerana peningkatan pengambilan lemak akan meningkatkan risiko serangan penyakit jantung.
- Elakkan daripada menggorengmakanan, sebaliknya, pangganglah makanan anda.
- Pengambilan garam dan makanan yang masin harus dikurangkan.
- Elakkan makanan seperti kerepek dan kacang tanah.
- Makanan pesakit kencing manis harus dirancang terlebih dahulu.
- Makanan haruslah seimbang dan kandungan kalori dalam makanan haruslah tetap. Ini bertujuan untuk memastikan terdapat beban glukosa yang tetap untuk dikendalikan oleh badan.
- Pengambilan kalori yang terkawal adalah baik untuk mengekalkan berat badan yang normal.
- Pengambilan alkohol perlu dikekalkan pada paras minimum atau dielakkan kerana alkohol akan mengubah paras glukosa darah.
- Pesakit kencing manis harus mengamalkan pemakanan yang seimbang. Mereka boleh memakan makanan yang dimakan oleh seisi keluarga, tetapi dalam jumlah yang sederhana, dan mengelakkan gula-gula dan makanan manis yang lain.
- Mereka tidak perlu membeli ‘makanan diabetes’ yang khas kerana makanan ini adalah mahal dan tidak membawa banyak manfaat.
- Selain itu, terdapat formula nutrisi yang khas untuk pesakit kencing manis yang tidak dapat mematuhi gaya pemakanan yang disyorkan.
- Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengingat bahawa pemakanan yang sihat ialah kunci kepada diet seorang pesakit kencing manis.
Senaman
Lebih kurang 50% daripada pesakit kencing manis dengan diabetes jenis II mempunyai berat badan yang terlalu tinggi. Adalah penting untuk mengekalkan berat badan yang ideal dengan senaman yang konsisten. Senaman membolehkan insulin untuk bertindak dengan lebih baik dan mengekalkan badan yang cergas dan pesakit menjadi lebih sihat. Senaman yang ideal bagi pesakit kencing manis harus dirancang selepas berjumpa dengan doktor, supaya komplikasi seperti hipoglisemia (kurang gula darah) dapat dielakkan. Berundinglah dengan doktor yang merawat pesakit itu sebelum memulakan sebarang program senaman.
Insulin
Insulin ialah ubat pilihan bagi diabetes jenis I. Insulin mula dihasilkan untuk rawatan penyakit kencing manis pada tahun 1921. Pada masa itu, bentuk insulin yang ada cuma jenis bovin (daripada lembu) dan porsin (daripada khinzir). Kini, terdapat bentuk sintetik yang serupa dengan insulin yang dihasilkan dalam badan. Insulin ini dihasilkan daripada yis dan bakteria. Insulin hanya diberikan melalui suntikan kerana ia boleh dimusnahkan dalam perut jika diberi melalui mulut. Doktor akan menentukan jenis ubat yang perlu diambil. Sekiranya insulin diberikan, doktor akan merancang program rawatan yang khas untuk setiap pesakit.
Pengkelasan insulin adalah berdasarkan:
- Masa mula tindak (ia berkaitan dengan kelajuan serapan insulin ke dalam aliran darah).
- Kesan puncak. Masa insulin mencapai kesan maksimum.
- Jangka masa tindak. Tempoh masa insulin bertindak.
Tablet anti-diabetes
Tablet ini tidak mengandungi insulin tetapi mengandungi ubat yang merangsang pankreas untuk menghasilkan lebih banyak insulin, atau membantu sel untuk menggunakan insulin yang sedia ada dengan lebih berkesan. Selepas mula mengambil ubat, doktor harus diberitahu sekiranya terdapat sebarang kesan samping seperti serangan paras gula darah rendah, cirit-birit atau ruam. Terdapat beberapa kelas ubat anti-diabetes, iaitu:
- Sulfonilurea – ubat ini merangsang pankreas untuk menghasilkan lebih banyak insulin. Misalnya chlorpropamide, glibenclamide, glipizide.
- Ubat lain yang merangsang pengeluaran insulin – ubat ini seperti repaglinide merangsang pankreas untuk menghasilkan insulin tetapi adalah terutamanya berkesan untuk mencegah paras glukosa yang tinggi selepas makan kerana ubat ini bertindak dengan cepat dan dimetabolismakan dengan cepat.
- Biguanid – ubat ini mengurangkan penghasilan glukosa dalam hati dan juga menjadikan tisu lebih sensitif terhadap insulin, contohnya metformin.
- Thiazolidinedion – ubat ini meningkatkan sensitiviti insulin dengan mengaktifkan gen-gen tertentu yang terlibat dalam pembentukan lemak dan metabolisma karbohidrat. Misalnya, troglitazone, rosiglitazone
- Perencat alfa-glukosaidase – ubat ini mengurangkan penyerapan glukosa dalam usus kecil. Misalnya acarbose.
Hipoglisemia
Hipoglisemia atau serangan akibat paras glukosa darah yang rendah boleh berlaku ketika menjalani rawatan penyakit kencing manis. Keadaan ini biasanya berlaku kerana:
- Makan terlalu sedikit.
- Masa makan yang tidak tetap.
- Terlalu banyak insulin atau ubat anti-diabetes
- Tidak mengambil makanan yang mencukupi sebelum bersenam atau senaman yang terlalu berat.
- Penyakit misalnya cirit-birit
Penyesuaian pada rawatan dibuat adalah amat bergantung kepada gaya hidup pesakit. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan paras glukosa darah daripada jatuh sehingga di bawah paras normal dan mencetuskan serangan hipoglisemia.
SimptomSimptom hipoglisemia adalah:
- Kurang tumpuan atau pemikiran yang keliru
- Mudah marah
- Pening
- Loya dan lemah
- Berpeluh, pucat dan kulit yang sejuk
- Penglihatan yang kabur
Rawatan ialah pengambilan gula dalam bentuk tablet glukosa, gula-gula atau minuman manis melalui mulut dengan serta-merta. Masa pemulihan biasanya adalah amat cepat. Walau bagaimanapun, sekiranya simptom itu masih ada, pesakit harus dibawa ke hospital dengan cepat untuk rawatan secepat mungkin.
Komplikasi
Semua bentuk diabetes, jika tidak dikawal, boleh mengakibatkan komplikasi yang melibatkan beberapa organ dan bahagian tubuh. Antara komplikasi yang paling teruk adalah komplikasi yang melibatkan buah pinggang, mata dan salur darah. Adakalanya, pengesanan awal adalah sukar kerana sesetengah komplikasi tidak mempunyai simptom yang nyata pada tahap awal.
Komplikasi Kesan akhir
Retinopati Penglihatan yang terjejas dan boleh mengakibatkan mata menjadi buta. Neuropati Kerosakan saraf yang boleh menyebabkan rasa sakit atau kehilangan deria pada tangan dan kaki. Komplikasi mungkin memerlukan amputasi (pemotongan) kaki. Pergerakan salur pencernaan terganggu dan boleh menyebabkan cirit-birit dan/atau sembelit. Nefropati Penyakit buah pinggang yang boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan kematian awal. Kecederaan salur darah besar. Kecederaan ini boleh mengakibatkan serangan jantung, strok atau kekurangan bekalan darah ke anggota bawah. Adalah sangat penting untuk mengawal penyakit kencing manis. Seseorang pesakit kencing manis boleh mengalami lebih daripada satu komplikasi sekiranya penyakitnya tidak dikawal untuk jangka masa yang lama.
Sumber dari: efarmasi - SelfCare
Tahukah anda apa dia 4 Penyakit Serangkai?
Apakah 4 penyakit tersebut?
Kencing manis, tekanan darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan sakit jantung. Biasanya jika seseorang ada kencing manis, dia berisiko tinggi mengalami tiga penyakit lain, terutama jika gagal mengawal paras gula dalam darah. Jadi ibu bg keempat-empat penyakit ini ialah Kencing Manis atau dlm bahasa saintifiknya Diebetes.
Dianggarkan di seluruh dunia ada kira-kira 250 juta pesakit kencing manis dan catatan menunjukkan kebanyakannya meninggal dunia akibat komplikasi penyakit. Punca utama kematian di kalangan pesakit kencing manis ialah masalah jantung dan kegagalan buah pinggang.
Di Malaysia, jumlah pesakit kencing manis kini mencecah 1.2 juta orang dengan catatan 650,000 kes baru setiap tahun. Kebanyakan pesakit tidak sedar mereka menghidap penyakit kronik ini hinggalah mengalami pelbagai gejala yang menjejaskan kualiti hidup.
Kencing manis adalah penyakit zaman moden paling nyata dan menjadi punca kematian kelima tertinggi di dunia. Dianggarkan satu kematian berlaku dalam setiap 10 saat akibat kencing manis.
Penyakit kencing manis biasanya ia merupakan suatu penyakit seumur hidup. Tujuan rawatan untuk penyakit kencing manis ialah untuk melegakan simptom dan mengembalikan paras gula darah kepada paras normal dan untuk mencegah komplikasi. Penyakit kencing manis yang dibiarkan tanpa kawalan akan menyebabkan kerosakan buah pinggang, mata, kaki dan kulit.
Sebagai kesimpulan,
Utk mengelakkan anda menjadi mangsa kepada penyakit 4 serangkai ini amalkan pemakanan dan kehidupan yg sihat sekaligus mengelak dari menjadi pesakit kencing manis ataupun diebetes.
Monday, 16 November 2009
Contest Anak Dara Ku Bertocang by Sitisifir10
Assalamualaikum...
Ini entry utk Contest anjuran Siti Sifir's Supernova Share-Out Space... Contest ni khas utk anak dara sahaja... Hadiahnya sgt menarik yg membuat kat aku sgt tertarik utk joint.... mcm biasa mesti ada rules and regulation:
Gambarnya hanyalah sekeping sahaja supaya senang untuk dinilai.
Nama: Roszlin Ebby Amani
Umur skang: 1 tahun 2bulan
Umur dlm gmbr: 9bulan
Hadiah yg mungkin anda dan saya menangi ialah:
Hadiah pertama :
Baju gown Sarakids dan baucer di bawah
Voucher free n easy 3 hari 2 malam ke HONG KONG
Baju gown Sarakids & Baucer di bawah
And mungkin ada tambahan hadiah... iaitu CLoth Diapers...
aku just teka aje... yelah bila singgah blog K.Sari, ada plak promosi Cloth Diapers... mungkin dia nak sponsor 2 3 helai kot kat pemenang... manalah tau kan... aku teka aje ni... Pastu K.SAri ada tulis entry pasal contest ni... dia letak gmbr Boo dr cartoon Monster Inc ni... pastu aku teringat ada video Ebby satu yg muka dia sebiji mcm Boo.... tp xjumpa plak gmbr Ebby ms aku amik video tu... yg ada cuma gmbr ni... sama tak.... lebih kurang lah kan...
Cik Siti gmbr ni abai kan yer... sekadar hiasan dipenghujung entry... nak tutup dah ni...
Friday, 13 November 2009
Kenapa kanak2 perlu contact dgn alam semula jadi?
Richard Louv jawab: Research suggests that a connection to nature is biologically innate; as humans, we have an affinity for the natural world. When children spend most of their time indoors, they miss out. Problems associated with alienation from nature include familiar maladies: depression, obesity, and attention deficit disorder. Kids who have direct access to nature are better learners. Exposure to nature has been shown to reduce stress and increase attention spans.
He serves as chairman of the Children & Nature Network, an organization helping to build the international movement to connect children with nature.
Seronok Ebby main air.... sejuk tak hingat... dah menggigil2 dah tp xnak kuar dari air...
Ni Ebby dipaksa keluar dari air coz bibir dah biru...
Yang ni pulak... Ebby ngan Ngangah Mimi kat kebun dorian onyang di Bangi.... huhuhu... kena gigit dgn nyamuk gajah... merah2 pipi Ebby...
Thursday, 12 November 2009
Kisah N97 Cina
Alkisah,
18hb September 2009, Jumaat, hari terakhir bekerja sebelum cuti raya… keje cam biasa… Hati seronok biler bos bg balik half day…
Dapat satu msg bgth jualan murah N97, E60, dan Ipod Touch… Original complete set… apa yg buat aku tertarik ialah N97 yg harga lebih RM2500 kat pasaran dah jadi RM1100… Biasanya aku xpernah percaya, tepon2 yg tetiba murah mendadak ni… Tapi kali ni aku percaya membuta tuli, bukan kenapa pun… sebab yg bg aku msg tu sedara sendiri… tu yg buat aku percaya… sedara la kan… plak tu nak raya ni… kot harga runtuh raya ke kan… aku pun setuju nak amik tepon tu… pulak tu dia kata beli 3 biji, yg ke3 dpt diskaun rm100… n dia pulak kata yg tepon tu dah ada kat depan mata ni… tinggal nak amik je…
So aku pun canang kat FB aku… sapa nak beli N97 murah murah murah…. Budak2 ni pun terkejutlah… then diaorang pun nak juga… ada 2 org nak beli…
Pastu yg buat aku dan kengkawan aku ni buat keputusan secara membuta tuli coz kononnya permintaan tinggi dan barang limited… sapa cepat dia dpt… nak tak nak kitaorang kena buat keputusan cepat… dgn aku yg dah nak balik half day haritu… sumanya terjadi sepantas kilat… budak 2 orang ni pulak nak balik kampong malam tu… Nak raya kan? Aku pun suruh mereka bank in dlm akaun aku RM2200 utk 2 biji tepon… Mula2 aku nak amik satu aje… aleh2 Mr. Daddy pulak nak jugak… sudah nya aku amik 4biji… So total RM4400…
Aku sendiri g amik tepon tu kat TPM bersua muka ngan dealer tu… perempuan tau… Tak pulak aku jumpa sedara aku tu… dia suruh aku bayar sendiri kat dealer tu…Aku bayar cash kat dia RM3560…. RM900 x 4 biji… Balance RM200 kononnya sedara aku ni dah bayarkan sbg deposit utk setiap tepon… so just bayar balance RM900 je.. Oh! Ya… xcukup rm40 kan.. tu commission RM10 utk satu tepon…. Nak kejar masa punya pasal aku xsempat nak belek sebiji sebiji… aku just tgk 1, itu pun ala kadar belek je…
Kitaorang kan nak balik kampong, budak 2org tu dah tunggu kat opis… ada banyak xkemas lagi kat umah nak blk kampong… kalau xjanji nak konvoi ngan orang xpe… so terpaksa le aku belek ala kadar je….
Balance RM800 tu kena bayar kat sedara aku ni lah kan… dah kata dia bayarkan deposit… tp aku x bayar lagi time tu…
Ah!!! Tidak lupa diskaun utk tepon ke3 RM100… disebabkan aku amik 4 dapat lagi diskaun RM50… pastu aku nak trade in Iphone mini aku… tolak lagi 200… So sedara aku ni kata aku bayar lagi RM490 je balance kat dia… 4400-3560= 840-200-150 = RM490… dari situ dah nmpak aku kena tipu… 40hinggit commission tu aku kena bayar balik kan… perasan tak… masa tu aku tak perasan langsung…
Bila aku dah bg budak2 ni punya tepon kat opis… aku pun balik… memang aku xsempat belek lagi tepon tu… kelam kabut nak kemas barang nak balik kampong ni…. Mr. Daddy sempat lah belek. Tgh aku sebok2 kemas barang… tetiba sorang dari member aku yg amik tepon tu call… dia kata tempat letak sim card tepon br tu tercabut… dah sudah…
Dah malam ni… kitaorang pun dah nak gerak balik kampung ni… on d way nak blk kampong aku hantar Iphone Mini yg aku kata aku nak trade in tu kat umah sedara aku tu… tp duit aku xbg lagi…
On d way balik kampong tu, budak 2 org tu msg aku mcm2… katanya, nape xjumpa pun function WiFi, nape xde 3G, nape gambar xmcm 5megapixel pun… Sorang lagi msg ckp ni bukan original N97 ni… Ni tepon cina dia kata… aduh aku dah lah penat gile time tu, ngantuk tahap gaban punya… sepanjang perjalanan tu aku memang tido punya… memang tak larat nak layan diaorang…
Aku just tanya sedara aku tu, nape function dia tak sama mcm N97… dgn selamba dia jawab, “harga pun murah, mestilah down grade skit” aku tnya lagi, betul ke ni tepon cina? Dia kata “betul, sebab tu dia murah”
Masalahnya, sikit pun dia xde mention yg tepon ni tepon cina, ada function yg kurang… Function dia memang simple ok… 3G suma xde, harap rupa je cantek sebiji mcm N97... Aku gile kecewa, sama lah mcm memember aku tu… Yang sorang tu beli sebab nak buat birthday present kat wife dia… kesian dia… Ahhh!!!
Tapi malam tu, aku just reply msg2 diaorang dgn ribuan sorry coz aku xtau nak ckp apa lagi dah… Sepanjang jalan tu aku tido, sikit pun aku tak teringin nak belek tepon tu… kecewa punya pasal…
Dah amik nak buat mcm mana kan… Kalau x kesian kan family dia, xnak aku bank in duit balance RM490 tu… Tapi hati aku ni kesian bila dia hantar msg2 yg buat aku rasa serba salah… nak nak pulak nak raya time tu…. Malam raya tu dia msg lagi… “Tak raya lah kitaorang besok, dlm poket ada RM50 je ni, nak raya apa, ingat nak g shopping baju raya anak2”
Aduyai… dia guna anak2 dia pulak... lagi lah aku xsampai hati... Aku masukkan jugak duit tu kat akaun dia masa petang raya pertama... Nasib kat kampong Mr. Daddy tu langsung xde tele mesin... kalau x aku rasa aku dah bank in lebih awal coz aku tak larat nak baca msg2 rayuan dia tu... Apalah nasib aku...
Pagi raya kedua, Mr. Daddy punya tepon ada problem... tetiba skrin jadi putih je... terpaksa aku msg sedara aku tu lagi... nak minta tukar.... tp sebenarnya kalau ikutkan kitaorang nak refund aje tepon2 ni... mcm mana pun kena tunggu habis cuti raya dulu..
sebabkan benda ni... aku jadi segan nak bercakap dgn budak 2 org tu... malu tau tak.... tebal muka ni... xtau mana nak sorok...
sudahnya kitaorang pulangkan 3 biji tepon tu kat sedara aku tu... dgn harapan boleh lah refund... kalau xdpt refund pun boleh le tukar dgn tepon lain yg ori....
Yang sedara aku ni pulak bgth budak 2 org ni dia pun kena tipu dgn dealer tu.. ramai kat opis dia pun minta refund... kononnya dia kena bayar blk kat diaorang guna duit dia... boleh caya ker... aku mmg xcaya dah suma citer dia... dia kata budak dealer tu dah blah dah, dah lari...
sampailah sekarang ni ada 2biji tepon kat dia yg kitaorang pulangkan coz bateri rosak, n Mr. Daddy punya hp yg skrin dia putih tu... tinggal aku punya ngan sorang budak lagi punya yg kitaorang simpan dan terpaksa pakai secara paksa rela lah... coz dah beli kan... kena lah pakai.. bg kat dia buat apa...
kitaorang suruh dia jual blk tepon tu pun dia tak leh jual... sampai skang ni... budak2 tu pun dah mula senyap... aku siap ckp ngan diaorang kalau korang nak g report kat KPDNHEP ker, polis ker, pergi buat... aku xleh buat... terikat... coz sedara punya pasal... situasi aku memang membuatkan aku tak leh nak bertindak apa2... silap2 kang boleh jadi gaduh n Ebby yg akan jadi mangsa... aku yg susah nnt...
Skang ni aku tgh tunggu berita utk 2 tepon tu lagi... xtau lah apa citer...
Aduyai!!! Apalah nasib... Kena tipu ngan sedara sendiri... xagak2 je dia kan... xpelah... org kata doa org yg teraniaya akan termakbul... aku doa kan dia bahagia dengan duit haram dia tu... itu antara dia dgn Allah... pandailah tanggung sendiri...
Melesap duit aku... n skang ni dah terasa dah keperitan duit xde coz time raya n deepavali kami laki bini gaji awal... macam mana nak survive 1bln lebih tanpa gaji... dah nak lemas dah ni... Tapi Alhamdulillah lemas lemas pun kitaorang Ebby punya susu dan makan pakai belum pernah short lagi... rezeki dia... Alhamdulillah...
Aduyai!!!! Mimpi mimpi... xleh Blah...
Tak tau kenapa... setelah dari pagi aku marah2 atas sebab2 tertentu yg membuat pg aku sangat xbest... Tiba2 bila ternmpk je *****.... aku terus tergelak sendiri... kelakar lah... mcm mana aku boleh mimpi *****... bodoh pun ada jugak...
Terbayang je kat mata aku ni... lepas dah nmpk td... kalau x nmpk td mungkin aku terlupa... tp kenapa ***** yg termasuk dan terkeluar dlm mimpi aku? kenapa bukan ***** lain....
Hahhahaha... mungkin korang tertanya apa kebendanya lah yg aku mimpi ni kan?
Tapi xpelah biar aku dan yg Esa saja yg tau... dan biar aku jelah tergelak sendiri bila teringat... keh keh keh keh....
Hhahahahha!!! kelakarnya lah.... Aduyai... xleh terima tul lah...
jgn marah ek.... ini entry utk syok sendiri... ngeh ngeh ngeh...
Tuesday, 10 November 2009
Mengambil Kesempatan
MomBloggersPlanet masih lagi boleh divisit... salah satu blog kegemaran aku...
Disebabkan certain2 org yg menyalah gunakan FB dgn meng-jammed kan server dgn main game Farmville time office hour... org yg xterlibat pun turut terasa tempias...
Start 2hb haritu... apa pun xleh access... sampai aku rasa cam lebih baik diaorang xyah letak internet langsung kat opis ni... so since dat day aku memang xdpt/xsempat nak jengah blog... kat umah memang xbest nak online lelama...
1 lembab..
2 Ebby suka kacau...
3 Mr. Hubby mmg xsenang duduk kalau aku nak online saja je hantar Ebby mengacau aku... nak aku duk melekat dgn dia je gaknyer...
tu sebab aku sanggup mkn lmbt coz nak update blog time lunch hour... abes biler dah xleh access blogspot pun... camner aku nak update... cuba bgth aku...
Tapi hari ni aku xtau nape... saje je tgn ni gatal nak tgk blog kengkwn... setakat bleh tgk jelah... nak mengomen memang xdpt.. tetiba saje gatal try tekan button komen tu... Aik!!! boleh plak komen... Kalau blogspot kan ada header dia kat atas tu kan... kelmarin2 kat header2 kuar logo SKMM yg menunjukkan blogspot diblock le... xleh nak sign in lah kan... hari ni cantek je line biru tu ada...
Aku pun try click kat dashboard... eh eh eh... boleh lah... xblock pulak... so diketika ini aku mengambil kesempatan mengupdate blog peribadi ku ini... sebelum besok dia block semula... diaorang ni suka memain...
kejap buleh, kejap xbuleh... ikut suka dema le...
Tapi aku still xleh nak access MomBloggerPlanet... jap g nak try kat library plak... nak tgk winner contest cutest baby in stroller tu... dah seminggu dah kuar... aku dah ketinggalan kapal keretapi... dah basi dah pun result tu... tp aku xtau gak result dia apa..
Ni suma gara2 farmville... apalah... main lah kat umah... tp broadband kat umah lembab lah... kat opis gak yg best... sebab laju...
Dah le kena block ni kan... pastu Public WiFi pun dah ada password dah skang ni... nak kena minta kat receptionistlah pulak... tukar tetiap hari plak tu... ketat sungguh skang ni... jgn harap le nak wifi bg sesiapa yg bawa lappi g opis... blk umah or g Mc D jelah.. hahaha... public WiFi tu memang utk public je le... Staff xleh guna langsung...
Mereka ingat bile mereka buat mcm ni... KPI boleh achieve lah... certain people maybe.. but utk org yg perlukan network utk buat keje mereka cmne... yg perlukan selain dari email office utk exchange document, mcm mana?
Benda mcm ni perlu dikaji semula... kalau dia nak block porn ke, social web mcm Friendster, Myspace, FB ker xpelah lagi... Yahoo Mail, and GMail pun xleh access... mcm mana nak keje camni?
Renung2 kan dan selamat berfikir!!!!