Followers

Friday, 3 December 2010

Demam Kepialu sedang menular

Bila Dr. bgth aku dijangkiti virus S. thypi… tercengang aku… apa kebendanya tu… rupanya typhoid… still xtau lagi typhoid tu benda… sbb ckp ngan Dr. pun through phone tu yg still cam blur2 jer… dia call sbb nak bgth result blood test, and urine test yg terpaksa dibuat keatas aku kelmarin….

Al-Kisah

Rabu-24-Nov-2010

Kepala aku dah ting tong xleh blah… masuk opis, tp batuk n selsema lebih menguasai… minta izin boss gi Klinik Gomez kt Street Mall… Dapat MC… terus balik umah.. syok dpt tido…
Malam dah boleh main futsal…


Khamis-25-Nov-2010

Masuk opis dgn segar… sihat dah aku ni… Ptg main futsal…

Jumaat-26-Nov-2010

Hidup cam biasa dah kurang dah batuk n selsema… keje cam biasa… ptg g main badminton plak…


Sabtu-27-Nov-2010

Bangun pagi kepala agak ting tong n tengkuk sakit… ingat salah tido… bangun terus mandi n sapu n mop umah… elok habis mop umah je… badan rasa cam lembik semacam… rasa cam penat giler… kepala pening makin kuat… berdiri pun xlarat… ingat sbb xmkn mlm smlm…. ada appointment dgn Dr. Chan PAED Ebby and Ameen… so terpaksa gagahkan diri bawa diaorang g Klinik… blk dr klinik mkn nasi ayam… rasa cam lapar sgt tadi… tp mkn separuh je pun dah xlalu…

blk umah try mkn ubat yg dpt hr Rabu hrtu… tp badan jadi seram sejuk.. bulu roma meremang, segala joint mula sengal n lemah… rasa sesgt x bermaya… bantai tido sambil berselubung dlm selimut di tghari buta yg agak panas terik gak lah… muka jadi merah, telinga bulut semua panas dari dlm… ptg mkn ubat lagi… kuranglah seket sengal2…

Mr. Daddy request kek pisang.. gagah kan diri buat kek pisang… walaupun xsehat tp berjaya… 3rd time buat kek… Malam langsung xleh blah.. duduk xkena baring xkena… segalanya lenguh bebeno… tido kul 8… tgh malam terbangun xleh tido kepala berdenyut2… pejam gak mata… tp nmpk benda yg mengarut2…

Ahad-28-Nov-2010

Worse… pagi xlarat langsung nak bangun… harini mmg xkemana lah jwbnye… akak sebelah kenduri doa selamat anak dia khatan pun aku xlarat nak g… Allah penyakit apa kah ini… cepat lah berambus penyakit… Mr.Daddy beli Nasi Lemak pun aku xmkn… sejuk nak mampos… tp badan panas giler… nak turun kan temperature aku terpaksa memandikan diri walaupun sbnrnya aku menggigil mcm kt kutub…

xde buat apa satu hari... Thanks to Mr. Daddy and Mimi coz jaga budak2... xlarat lah... membuta je yg aku leh buat... makan langsung xlalu...batuk sampai muntah... biler batuk kepala belah kanan rasa cam kena ketuk ngan kayu besbol... mlm mkn ubat tido pun x berapa lena... dlm kepala boleh ke g keje sok ni?

Isnin-29-Nov-2010

Sama... xberubah... tp mata dah x lalu nak tido... gagahkan diri bangun... hntr budak2 rumah nanny... breakfast roti canai... kari rasa xsedap giler... terus g klinik ngan Mr. Daddy... dia siap EL... love u, tq... Dr. amik temperature, disebabkan br mandi bdn aku sejuk... tp dlm panas... so termometer xberenti sampai ke 41'c... Dr. pun terkejut... suspect denggi so kena buat blood and urine test... dpt 2hr MC.. amik ubat... balik... Mr. Daddy kemas umah tp aku tido dan hnya boleh pandang je dia buat keje... sorry lah not today... dah malam rasa bertambah baik... Alhamdulillah... Dr. call bgth result... suh amik antibiotik tambahan lagi sok.. suh tmbh MC...

Selasa-30-Nov-2010

Bangun lambat, Mr. Daddy lmbt g keje... hntr bebudak g rumah nanny... hntr Mr. Daddy ke opis... terus g Klinik smlm semula... amik ubat... blk and search apa bendanya TYPHOID ni.... dan ini yg aku dpt:

Tyhpoid atau dlm bahasa pasarnya Demam KEPIALU [demam kepialu rupanya, br aku tahu]

Apa itu demam kepialu?

Demam kepialu merupakan sejenis penyakit yang boleh mengancam nyawa disebabkan oleh bakteria Salmonella thypi (S. thypi).
Ia biasa ditemui di beberapa bahagian negara membangun. Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggarkan, sebanyak 16 juta kes demam kepialu berlaku saban tahun. Kira-kira 600,000 daripadanya meragut nyawa.
Demam kepialu boleh dicegah melalui pemvaksinan dan biasanya boleh dirawat dengan penggunaan antibiotik bagi mengurangkan tempoh kesakitan serta mengurangkan gejala-gejalanya. [amik ko agak bahaya lah kan, kalau xdpt rawatan, skang aku still mkn antibiotik. sampi minggu depan, nnt kena follow up semula dgn buat blood test]

Bagaimanakah ia menular?

S. thypi hanya berumah di dalam tubuh manusia. Seseorang yang menghidap penyakit ini akan membawa bakteria di dalam saluran darah dan saluran pencernaan mereka.
Sebilangan kecil daripada pesakit yang dinamakan sebagai pembawa, pulih daripada penyakit ini tetapi terus membawa bakteria di dalam badannya.
Apabila kedua-dua pesakit dan pembawa membuang air besar, S. thypi turut dikeluarkan bersama-sama najis.
Anda boleh jatuh sakit sekiranya memakan makanan dan meminum minuman yang dikendalikan oleh seseorang yang mengeluarkan S. thypi ataupun, jika sisa kumbahan tercemar dengan bakteria S. thypi memasuki air yang anda gunakan untuk minum atau membersihkan makanan.
Oleh kerana itu, demam kepialu sering ditemui di tempat-tempat di mana penduduknya kurang mengamalkan membasuh tangan manakala airnya mungkin tercemar dengan sisa kumbahan.
Sekali bakteria S. thypi dimakan atau diminum, ia akan membahagi dan merebak ke dalam saluran darah dan badan akan bertindak balas dengan menunjukkan beberapa gejala seperti demam. [aku xtau dr mana aku dpt itu virus, Dr. kata between 1 week lah... aku puas pikir ktne aku mkn yg leh dpt benda tu]

Langkah-langkah pencegahan

Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat mencadangkan dua tindakan asas bagi melindungi diri anda daripada demam kepialu:

1. Rebus, masak, kupas atau lupakan sahaja.
Elakkan makanan serta minuman yang berisiko. Ini mungkin mengejutkan anda tetapi melihat apa yang anda makan dan minum terutamanya semasa dalam perjalanan adalah sama pentingnya seperti anda mendapat pelalian.
Dengan menghindari makanan berisiko juga mampu melindungi diri anda daripada lain-lain penyakit seperti cirit-birit, kolera/taun, disenteri dan hepatitis A.

2. Dapatkan pemvaksinan.
Jika anda menetap atau dalam perjalanan menuju ke negara yang biasa diserang wabak demam kepialu, anda perlu menimbangkan pemvaksinan menentang demam kepialu. Berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui lebih lanjut tentang pilihan vaksin anda.

Apakah gejala-gejala demam kepialu?
- Demam tinggi yang berpanjangan, setinggi 39o hingga 40o Celsius [aku ada]
- Badan terasa lemah dan tidak bermaya [ni juga]
- Sakit perut dan hilang selera makan [selera mkn mmg xde]
- Sakit perut
- Dalam sesetengah kes, pesakit akan mengalami ruam bertompok warna merah jambu (seperti bunga mawar) [yg ni xperasan plak]

- Satu-satunya cara untuk mengesahkan sama ada seseorang itu menghidap demam kepialu adalah dengan cara menguji sampel najis atau darah bagi mengesan kehadiran S. thypi.


Apakah yang boleh anda lakukan?
Jika anda mengesyaki diserang demam kepialu, segeralah berjumpa doktor. [nasib baik jumpa cepat]
Mereka yang diberikan antibiotik lazimnya akan mula menunjukkan tanda-tanda pulih dalam tempoh dua hingga tiga hari. Kematian jarang berlaku jika pesakit mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun, pesakit yang tidak mendapatkan rawatan akan terus mengalami demam sehingga berminggu dan berbulan lamanya. Sebanyak 20 peratus daripada mereka akan meninggal dunia disebabkan oleh komplikasi jangkitan.

Bahayanya tidak akan berakhir...
Sekalipun gejalanya kelihatan seperti telah tiada, namun, anda masih berkemungkinan membawa S. thypi.
Jika demikian, penyakit itu mungkin datang semula dan anda dalam masa yang sama boleh menyebarkan demam kepialu kepada orang lain.
Malah, jika anda terlibat dalam kerja-kerja mengendalikan makanan dan menjaga kanak-kanak kecil, anda mungkin dilarang meneruskan tugas sehinggalah doktor benar-benar pasti anda tidak lagi membawa bakteria S. thypi.
Pengajaran utk aku... jgn mkn sembarangan tempat yg xtentu kebersihannya... amalkan sikap suka basuh tgn xkira masa...

Skang ni aku mcm fobia lagi nak mkn kt gerai2.... serik dowh... seksa demam camtu... xnak dah...


Nota kaki: Wash your hand with soap every time.... reminder for myself....

2 comments:

  1. hmm..kdg2 kita mmg x perasan those hygiene practices.tangan mmg basuh, tapi x guna sabun.
    good reminder.
    hope all's well with u, adD

    ReplyDelete
  2. dah ok dah... lusa nak g next blood test.. hopefully xde pape...

    ReplyDelete

Budak Comel yg komen...