Followers

Friday 3 September 2010

Sunnah Nabi

Kebanyakan kita susah nak ikut sunnah Nabi Muhamad S.A.W walaupun ianya sesimple potong kuku, cara pakai cincin, memulakan apa saje dgn yg kanan dan banyak lagi sunnah2 Nabi yg kita xsedar dgn melakukannya kita dpt pahala....

Yang susah punya Sunnah Nabi masing2 sebok nak try... sudahnya xterdaya... cth paling mudah... berkahwin lebih dari satu utk lelaki... org lelaki sebok nak kahwin 2 3 4... Bila ditanya xcukup ke satu isteri... Ikut Sunnah Nabi katanya... Tapi end up dgn bersikap tidak adil pada isteri2 mereka, xmmpu nak bg nafkah lah... konon nak dpt pahala ikut Sunnah Nabi sudahnya dosa yg diaorang dpt..

Jom tgk cara mudah nak dpt pahala dgn potong kuku, and dpt bonus kesihatan terjamin lagi...
Ramai yg xtau potong kuku pun ada tertipnya... Rasulullah S.A.W selalu potong kuku mengikut turutan mcm kt bawah ni...
Orang kata simpan 1 jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti bela sekandang babi !!!! .. kalau semua jari kita simpan kuku panjang.... banyak tu babi... banyak jugak lah dosanye ye dak??? tgk!!! benda simple camni je pn bleh jd dosa... so potonglah kuku korang yer.

Sepatutnya xyah ada niat simpan kuku panjang langsung lagi bagus, walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana tidak melambangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita....

Apatah lagi kita guna tangan untuk beristinjak. Orang yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emak dia semasa menyediakan makanan... contoh masa perah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, and etc.

Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. xpercaya? try lah... confirm xnak amik risiko kan?

Additional info kuku panjang ada sejenis kuman seperti yang terdapat dalam taik manusia, iaitu E-Coli. Kuman tu tidak akan hilang walaupun kita basuh tangan dengan sabun 3jam sekali pun.

So better jgn biarkan kuku korang panjang untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Nak tmbah pahala lagi ikut tertib Rasulullah potong kuku mcm kt atas tu...

Timing nak ketip kuku pun kena betul gak.. Hari yg disunatkan potong kuku ialah:

1] Isnin
2] Khamis
3] dan Jumaat...

Hari Rabu diharuskan...

Hari Selasa, Sabtu dan Ahad tidak digalakkan potong kuku, coz boleh mendatangkan penyakit... so better dielakkan...

Satu lagi cara mudah dpt pahala hari2 dengan mengikut Sunnah Nabi ialah dgn memakai cincin dijari yg betul...

Nabi Muhammad Saw pernah beri nasihat kepada Saidina Ali kwj sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad Saw berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:-

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari:-

1] jari tengah
2] jari telunjuk


Nabi Muhammad saw melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s. Kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw senang2 je kita dapat pahala hari2.
Motip letak gmbr kahwin: xdiketahui... kih kih kih....

3 comments:

  1. add, nanti contact aimi pasal delivery nugget ye! tq :)

    ReplyDelete
  2. meluat betul tengok org simpan kuku pjg. kot ye pun x solat, jgn la gah sgt nak berlagak.

    ReplyDelete
  3. KOG: Sorry lupa nak inform... Supplier bgth hr tu... stok xde... xtau smpi biler... kepala tgh pening ni... org tnya ramai... tp brg xde... sorry k...

    Isabelle: betul3... pengotor...

    ReplyDelete

Budak Comel yg komen...