Followers

Tuesday 7 September 2010

Dr Fadzilah Kamsah yg kata

Aku copy paste jer... busy lah lama giler xupdate blog... bace jelah yer... yg merah komen aku...

PESANAN BUAT SUAMI -

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami. (setuju.. tp Mr.Daddy jarang mintak tolong bayar hutang dia pun, melainkan botol2 sesak)

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin. (setuju jugak.. sama je 2 2 kena buat benda yg sama.)

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.. (betul den paling bonci kalau banding2 ni...)

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. (Ermm... paham2 jelah yer)

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja. (Betul3... tolong lah mana yg patut... bukan awk sorang je yg letih ye blk keje..)

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan. (yang ini paling setuju... tp den xsuko dikaco masa tgh masak... so pandai2lah g tgk2kan anak yer...)

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. (ni xpernah berlaku, coz we all amalkan makan bersama)

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja. (lagi2 time hr nak rilex nak lepak dulu seblm lipat kain ke apa...yelah hr minggu kan hr bermalas-malasan tetiba bgth 'diaorang dah on d way nak dtg' terkocoh2 lah nak menyorok kain bj mana yg xsempat berlipat, nak menyelongkar peti ais nak tgk apa benda yg boleh dimasak dgn pantas.. letih ooo... xhargai xtau le...)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu. (setuju... tp Mr.Daddy selalu berlagak dia tough.. maknanya dia dah tgk cermin lah)

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? (hhhaahah yg palin kelakar... kitaorg selamba, sblm kahwin pun selamba je kentut dah kahwin lagi lah... sporting... no hal punya.. tp kalau yg ter ada bau tu musti lah minta maap)

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau. (Bab ni he is perfect, dia punya tema mmg family first xkesah belah mana)

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. (This also, dia xkedekut, ada dia bg xde lain kali.. Alhamdulillah.. aku yg kedekut)

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong. (xpernah)

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke? (mula2 dulu ada, tp setelah penat dileter, skang dah ok)

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja. (sgt setuju.. selalu2 lah tanya yer... kalau xtnya den mmg suka menyuruh.. nasiblah...)

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri. (ish ish tak baik tau)

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat? (Ini pantang... kalau kita buat salah bebeno, kalau depa buat xpe ek? byk cantek?)

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak? (Mr. Daddy x kot)

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. (Dia selalu kata "Awakkan SuperWoman, mana pernah sakit" bile aku sakit... kejam kan... dia selau suruh je g klinik tp xbawak pun... selagi aku x kata jom)

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti. (xjadi bapok tau kalau minta opinion org... jgn sombong sgt)

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz. (sedang berusaha rasanya dia)

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali. (dgr tu)

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. (Pujuk jgn xpujuk)

Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. (Paham tu?)

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

itu saje... Selamat Hari Raya...

No comments:

Post a Comment

Budak Comel yg komen...