Followers

Thursday, 30 September 2010

Shower pun nak Filter? Buat Apa?

haaa.....!!!ingat air minum je ke kene filter...
Air Mandi pun haruslah di filter okeh..
Klorin tu bukan saje xelok utk dlm badan...
tetapi xelok utk kulit jugak..
thats why lepas mandi kt pool kita kena bilas ngan shower... walaupun kt shower tu pun ada klorin
tp kt pool triple jumlah klorin dr shower kt tu...
Ini dia shower filter yg dah pasang kt shower umah....


Presenting BIO-AURA SHOWER FILTER
Tujuan dia korang tau tak untuk apa??

mula2 aku pun x brape nak tau...
tapi lepas pakai sebulan
dah rasa perubahan...!!

skin texture lebih halus, tak kering
kalau sapa2 yg sensitive skin selalu gatal2 sket kan..
pakai la mende alah ni...insyaAllah hilang
and mcm2 lagi u olls....
ciri2 mende alah ni :
1) rekabentuk terkini,memberi keselesaan & kesenangan mandian dengan air yang ditapis
2) cara pemasangan yang simple & boleh dipasang sendiri
3)bersaiz kecil utk dibawa kemana2 bila perlu... blk kg pasang kt kolahnyer paip pun boleh...
4) sesuai utk dipasangkan secara terbalik utk membolehkan backwash yang mengekalkan fungsi penapisan yang seimbang...

Advantages :
1) Singkirkan unsur klorin,logam berat(karat) & bahan2 endapan dari paip secara berkesan
2) mengurangkan risiko penyerapan & penyedutan toksin dan bahan kimia merbahaya
3) Membantu menyeimbangkan nilai pH air,mencapai kesan yang baik dalam menjamin kesihatan dan kecantikan

Shower Filter ni very Good in Quality
SUPERBRAND!!
ada pengiktirafan from Water Quality Members USA

Boleh lah contact ejen Hai-O yg berkenaan yer... sy x jual pon...

Wednesday, 29 September 2010

Water Birth - Kelahiran Dalam Air



Korang pernah dgr pasal Waterbirth? Mungkin dekat negara kita Waterbirth masih baru... tp kt belah2 Mexico, Spain sana, belah Europe le, waterbirth ni dah mcm tradition dah berabad dah diaorang amalkan...



Recently, aku selalu le search video2 waterbirth dari YouTube...


Actually, cara kelahiran mcm ni sgt amazing and miracle... xyah lah vagina kita ni dikorek2... Mcm cool jer... pastu baby tu keluar dlm air, iaitu dlm suasana yg sama mcm dlm perut ibunyer... so dia xculture shock sgt... sbb dia dah familiar dgn cecair... Pastu dr apa yg aku google cara ni kurang sakit, sbb badan ibu terapung and bebas sekali gus mengurangkan stress...



Kat Malaysia kalau xsilap aku, kelahiran cara ni yg pertama rasanya kt Penang, br lagi dlm awal thn 2008... Dekat Island Hospital, GeorgeTown...



Sekarang ni aku xtau le hospital tu ada provide facilities utk method tu lagi ke x?

Kalau korang xkesah nak tgk video waterbirth g je youtube and taip waterbirth... melambak2 video ada.. tp ad satu video dari hospital yg sama... smart giler video ni... tp aku xingat apa namanya... nnt aku dah jumpa, akan ku update lagi...

Tuesday, 28 September 2010

Kenapa water filter penting?

Sebab nilah...
Baru beberapa minggu pakai dia dah berkeladak mcm ni... gmbr ni diambil dah lama... masa aku br pki water filter 1 2 minggu... br hr ni teringat nak buat entry pasal ni...
Korang suma musti tau yg badan kita ni terdiri dari 70% cecair... dr mana dtgnyer cecair dlm badan kita tu?
Off course lah dr apa yg kita minum dan mkn kan?
Tp sedar kah kita yg selama ni air yg kita minum dan guna utk masak terlalu lalu lalu lah "BERSIH"????
sampai filter yg putih suci jadi cokelat berkeladak mcm gmbr first kt atas tu....
Br seminggu 2 beroperasi filter aku dah menapis kotoran sebegitu rupa... bayangkan selama berpuluh tahun kita hidup minum air yg terlalu lalu lalu lalu
"BERSIH" cam tu...


Bila teknologi dah ada, filter dr pelbagai brand dah dicipta... tergamak ke korang nak biar anak2 korang minum air yg "BERSIH" tu...
cukuplah
Kesian mereka..
tmbh sekarang punya tercemar is triple than zaman dolu...
Apalah salahnya keluar duit sikit utk kebaikan sendiri...
Persoalanya Filter mana yg terbaik dan berbaloi dibeli...
As for me...
Aku pakai Bio Aura je...

Lady Gaga + Baju Daging :::WTH::::

Apa ke buang tebiatnya perempuan ni... Masa award MTV Music Video hari tu, semua org dikejutkan dgn pakaian style br Si Lady Gaga... korang tingokler baju dia ni...

Yang ini masa dia announce award

Yang ni red carpet...

Yang ni xtau biler... tp lu org tingok lah sendiri... xsenonoh betul dia ni lah... xde mende lain ker nak buat baju...
Kan lagi sedap kalau daging tu dimasak mcm ni

xpun dibakar mcm ni... musti lebih sedap, dr buat baju... xlekit2 ker.. geli dowh...

Tapi yang peliknya... wartawan2 tu kata, dia nmpk mcm selesa, xde nmpk mcm air daging meleleh2, xde bau daging... ntah berapa tong perfume ntah dia sembur nak bg hilang bau hanyir...
Mengarut betullah perempuan ni...
Ni mcm MENCAPUP (mencari publisiti murahan) je aku tgk

Monday, 27 September 2010

Ebby turn 2 and Hari RAya Lagi Weh

Ini anak dara gue yg berposing sakan masa beraya kt kg onyang dia hr tu... time rilex2... Budak halus ni dah 2 thn yer raya ke 4 hr tu...

Ni gmbr raya kami... Tema hijo pucuk pisang... ramai plak kenalan aku yg tema sama yer thn ni... adeh... xkisahlah janji Raya... Tahun ni Raya berempat... xmenang tgn melayan budak 2 org yg semakin lasak ni...

Syawal pun hampir di penghujungnya, Birthday Party Ebby pun dah terlewat 20hari… So sebelum Syawal berakhir sy nak jemput semua geng2 bloggers dtg kerumah terbuka saya merangkap Birthday Party Ebby pada 23 Syawal 1431 (2 Oktober 2010) hr Sabtu ini….

Tarikh: 2 Oktober 2010 (Sabtu)
Masa: 11am-10pm
Tempat: No 71 Jln BP 2/2, Bandar Bukit Puchong, 47100 Puchong Selangor (Map kt bawah)

Kalau xtau jalan boleh call sy
012-3967411 atau pun
En. Rosz (Mr.Daddy) 012-3744309

Tuesday, 7 September 2010

Dr Fadzilah Kamsah yg kata

Aku copy paste jer... busy lah lama giler xupdate blog... bace jelah yer... yg merah komen aku...

PESANAN BUAT SUAMI -

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami. (setuju.. tp Mr.Daddy jarang mintak tolong bayar hutang dia pun, melainkan botol2 sesak)

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin. (setuju jugak.. sama je 2 2 kena buat benda yg sama.)

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.. (betul den paling bonci kalau banding2 ni...)

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. (Ermm... paham2 jelah yer)

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja. (Betul3... tolong lah mana yg patut... bukan awk sorang je yg letih ye blk keje..)

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan. (yang ini paling setuju... tp den xsuko dikaco masa tgh masak... so pandai2lah g tgk2kan anak yer...)

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. (ni xpernah berlaku, coz we all amalkan makan bersama)

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja. (lagi2 time hr nak rilex nak lepak dulu seblm lipat kain ke apa...yelah hr minggu kan hr bermalas-malasan tetiba bgth 'diaorang dah on d way nak dtg' terkocoh2 lah nak menyorok kain bj mana yg xsempat berlipat, nak menyelongkar peti ais nak tgk apa benda yg boleh dimasak dgn pantas.. letih ooo... xhargai xtau le...)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu. (setuju... tp Mr.Daddy selalu berlagak dia tough.. maknanya dia dah tgk cermin lah)

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? (hhhaahah yg palin kelakar... kitaorg selamba, sblm kahwin pun selamba je kentut dah kahwin lagi lah... sporting... no hal punya.. tp kalau yg ter ada bau tu musti lah minta maap)

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau. (Bab ni he is perfect, dia punya tema mmg family first xkesah belah mana)

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. (This also, dia xkedekut, ada dia bg xde lain kali.. Alhamdulillah.. aku yg kedekut)

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong. (xpernah)

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke? (mula2 dulu ada, tp setelah penat dileter, skang dah ok)

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja. (sgt setuju.. selalu2 lah tanya yer... kalau xtnya den mmg suka menyuruh.. nasiblah...)

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri. (ish ish tak baik tau)

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat? (Ini pantang... kalau kita buat salah bebeno, kalau depa buat xpe ek? byk cantek?)

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak? (Mr. Daddy x kot)

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. (Dia selalu kata "Awakkan SuperWoman, mana pernah sakit" bile aku sakit... kejam kan... dia selau suruh je g klinik tp xbawak pun... selagi aku x kata jom)

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti. (xjadi bapok tau kalau minta opinion org... jgn sombong sgt)

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz. (sedang berusaha rasanya dia)

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali. (dgr tu)

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. (Pujuk jgn xpujuk)

Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. (Paham tu?)

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

itu saje... Selamat Hari Raya...

Nugget McDonal frozen kembali

Just nak inform you all....

Nugget McD frozen dah available semula... utk harga check sini..
But limited for nugget n mc chicken only...
yg lain belum ada lagi..

so any order just PM me at buchat1984@gmail.com

or call me at 012-3967411
Haih!!! bulan bulan puasa ni kelihatan sgt sedap nugget ni kan...

Bersyukur dengan nikmatNya

Sahur pagi ni ala ala western... mkn lasagne... xingat western tu... mentang2 br beli oven... ni suma gara2 cornflakes madu... terpaksa aku rembat oven 1... yg murah n cap ayam punya jer... heheheh janji tercapai hasrat ku nak menyahut cabaran budak opis yg mencabar aku buat sendiri kuih Cornflakes Madu tu....

xtau nape aku amik gmbr ni senget...
Berbalik pada tajuk... Biasanya aku sahur kul 5am... sambil mkn tgk cerita Janji Kekasih, yg awal2 bulan puasa hr tu TV3 pasang citer Nur Kasih, pun aku layan...
Cerita tu smpi kul 6... lepas kul 6 ada Kalamullah... budak2 tadarus Quran n monitored by Ustazah Asni Abdul Mansur.... kadang aku layan and kadang tertidur balik... Tapi hari ni aku layan sampai habis... Sampai aku lambatlah g keje...
Apa yg istimewa Kalamullah pagi ni ialah Adik Muhammad Qayyim Nizar Bin Sarimi yg mengalunkan nyanyian Kalamullah.... Apa yg istimewa dgn Adik Qayyim ni?

Pernah tengok rancangan Adik Adikku? Utk yg pernah tgk rancangan tu mesti tau apa yg membuatkan Adik Qayyim begitu istimewa.... Dia OKU cacat penglihatan... tak buta tp hampir kepada buta... Walaupun tidak boleh melihat dengan sempurna, bacaan Al-Quran dia jauh lebih baik dari aku... aku sendiri mengaku, lama benar dah xmenyelak Kitab suci itu... Dia baca mengaji menggunakan Al-Quran braile...

Yang buat aku tersentuh, atau pun senang cakap penyakit berjangkit... Ustazah Asni sampai menangis syadu mendengar bacaan Qayyim... serius aku kata... memang sedap n boleh dikatakan xde kesalahan tajwid langsung... kalau ada Ustazah Asni dah betulkan dah... aku x terror bab bab tajwid ni... yg basic2 aku tau ler...

Lepas jer Qayyim habis baca surah tu, apa nama surah tu aku xingat... yg aku ingat surah ni ayat dia pendek2, belakang dia byk ba ba ba... Ustazah selalunya ada kesimpulan sket pasal surah yg dibaca budak2 tu selalunya.. tp pg td, aku rasa ustazah tu sebak sgt smpi starting ulasan dia tu keluar sket dr tafsir surah tu... dia bercerita pasal betapa beruntungnya kita yg sempurna... dia kata bayangkan kalau Allah tarik kesempurnaan kita tu... takkan masa tu br le kita terhegeh2 nak belajar baca Quran guna braile... Dia puji Qayyim yg walaupun membaca Al-Quran menggunakan Al-Quran Braile tp dia boleh baca lebih baik dari org yg sempurna...

Malu aku nak ckp tp aku menangis pg td... terasa mcm mendapat hidayah utk berhijrah kepada yg lebih baik... Sampai skang ni dah kul 1pm masih lagi terngiang-ngiang bacaan Qayyim kt telinga aku ni.. selalunya lagu yg aku dgr kt HotFM je yg terngiang kt telinga aku setiap pagi... tp hr ni rasa sgt berbeza...

Adakah itu nur dari Nya? Di bulan Ramadhan yg berkat ini?

Friday, 3 September 2010

Sunnah Nabi

Kebanyakan kita susah nak ikut sunnah Nabi Muhamad S.A.W walaupun ianya sesimple potong kuku, cara pakai cincin, memulakan apa saje dgn yg kanan dan banyak lagi sunnah2 Nabi yg kita xsedar dgn melakukannya kita dpt pahala....

Yang susah punya Sunnah Nabi masing2 sebok nak try... sudahnya xterdaya... cth paling mudah... berkahwin lebih dari satu utk lelaki... org lelaki sebok nak kahwin 2 3 4... Bila ditanya xcukup ke satu isteri... Ikut Sunnah Nabi katanya... Tapi end up dgn bersikap tidak adil pada isteri2 mereka, xmmpu nak bg nafkah lah... konon nak dpt pahala ikut Sunnah Nabi sudahnya dosa yg diaorang dpt..

Jom tgk cara mudah nak dpt pahala dgn potong kuku, and dpt bonus kesihatan terjamin lagi...
Ramai yg xtau potong kuku pun ada tertipnya... Rasulullah S.A.W selalu potong kuku mengikut turutan mcm kt bawah ni...
Orang kata simpan 1 jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti bela sekandang babi !!!! .. kalau semua jari kita simpan kuku panjang.... banyak tu babi... banyak jugak lah dosanye ye dak??? tgk!!! benda simple camni je pn bleh jd dosa... so potonglah kuku korang yer.

Sepatutnya xyah ada niat simpan kuku panjang langsung lagi bagus, walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana tidak melambangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita....

Apatah lagi kita guna tangan untuk beristinjak. Orang yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emak dia semasa menyediakan makanan... contoh masa perah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, and etc.

Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. xpercaya? try lah... confirm xnak amik risiko kan?

Additional info kuku panjang ada sejenis kuman seperti yang terdapat dalam taik manusia, iaitu E-Coli. Kuman tu tidak akan hilang walaupun kita basuh tangan dengan sabun 3jam sekali pun.

So better jgn biarkan kuku korang panjang untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Nak tmbah pahala lagi ikut tertib Rasulullah potong kuku mcm kt atas tu...

Timing nak ketip kuku pun kena betul gak.. Hari yg disunatkan potong kuku ialah:

1] Isnin
2] Khamis
3] dan Jumaat...

Hari Rabu diharuskan...

Hari Selasa, Sabtu dan Ahad tidak digalakkan potong kuku, coz boleh mendatangkan penyakit... so better dielakkan...

Satu lagi cara mudah dpt pahala hari2 dengan mengikut Sunnah Nabi ialah dgn memakai cincin dijari yg betul...

Nabi Muhammad Saw pernah beri nasihat kepada Saidina Ali kwj sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad Saw berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:-

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari:-

1] jari tengah
2] jari telunjuk


Nabi Muhammad saw melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s. Kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw senang2 je kita dapat pahala hari2.
Motip letak gmbr kahwin: xdiketahui... kih kih kih....