Followers

Friday, 20 November 2009

Opah Lang pergi juga...

Salam semua,

Entry kali berkisar tentang penyakit keturunan yg xkan ada berkesudahan...



Alkisah...


Setelah 3 bulan menjadi penghuni tetap di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Zakiah Hamid aka Opah Lang pergi meninggalkan Tok Alang dan anak nye.... Yang lebih menghayat hati, Opah Lang pergi pada hari yg sama ulang tahun perkahwinannya dgn Tok Alang... Semalam genap 40tahun umur perkahwinan mereka... Tok Alang yg dah tak berapa nak sihat redha dgn pemergian isteri tersayangnya... sekuat boleh dia cuba menahan air mata dia keluar...


Opah memang sudah lama menderita sakit kencing manis semenjak usianya masih muda, dan terpaksa menjalani rawatan dialisis 3 kali seminggu kerana kegagalan buah pinggangnya semenjak beberapa tahun sudah...


Beberapa minggu sebelum bulan puasa September lepas, penderitaannya makin teruk apabila luka kecik dijari manis kaki kanannya tidak mahu sembuh. Bukan luka besar pun terpotong isi sikit je masa kepit kuku. Dari luka sekecil semut bernanah menjadi hitam satu jari, kemudian merebak dan akhirnya terpaksa dipotong.


Opah terpaksa menjalani 5 kali pembedahan utk memotong kakinya... pembedahan terakhir yg menyebabkan dia hilang keseluruhan kakinya pada hari raya pertama yg pastinya menghibakan anaknya, cucunya, dan paling berduka semestinya Tok Alang...

Selepas potongan pertama dan kedua dia masih mampu pulang dan berpuasa dirumah... pertengahan bulan puasa apabila kakinya terpaksa dipotong lagi sampai paras atas lutut, dia mula menjadi penghuni tetap HTAR...


Tok Alang ada bercerita masa aku pergi melawat. Dia kata sepanjang 3 bulan tak pernah sehari pun dia tak pergi melawat. Tapi dia terasa ralat dan sedih sebab tak ada disisi isterinya waktu dia menghembuskan nafas terakhirnya pada 19 November 2009 jam 13.30 tghari. Tok Alang ada cerita lagi, dia kata pukul 12 tgh malam tu arwah ada telefon, katanya dia nak pergi jauh, sempat dia wish Happy Aniversary kat Tok Alang.


Jenazah diuruskan sepenuhnya oleh pihak hospital. Mandi, kapan, solat jenazah semuanya dilakukan didalam bilik pengurusan jenazah HTAR. Aku sempat melihat jasad Opah Lang yg dah terbujur kaku selepas dimandikan. Paling membuat hati ku sayu wajahnya yg putih melepak tersenyum manis dipembaringan. Namun hatiku jadi sebak dan insaf bila pandanganku jatuh pada luka bekas pembedahan dikaki kanannya. Yang tinggal hanya punggung, peha pun dah tak de. Bengkak dan membiru membawa ke kaki kiri.


Ya Allah, betapa seksanya waktu hayatnya menanggung sakit dan nyilu akibat penyakit kencing manis ni.


Jenazah selamat dikebumi dan ditalkinkan di Tanah Perkuburan Rantau Panjang. Majlis pengkebumian selesai tepat jam 19.00 mlm.


Jenazah sedang dikapankan...

Surat kebenaran menguburkan... sebab kematian ACS



Apa dia ACS? ACS ialah singkatan kepada Acute Coronor Syndrome. Komplikasi Diabetes yg berlaku dan mengakibatkan serangan jantung dan kesukaran utk bernafas sekali gus menjadi sebab kematian. Aku ada buat search dan entry pasal Diabetes ni... bleh try bc disini, disini, dan disini..

Kalau dah baca entry2 tentang diabetes yg aku dah bg tu, korang akan tahu risiko2nya, mcm mana nak elak, simptom2 nye...


Dan aku juga berisiko tinggi, sebab ianya penyakit keturunan, Ayah dah ada darah tinggi dan kencing manis, mama pun ada darah tinggi, nenek pun ada kencing manis yg bergantung pada insulin tetiap hari, Atok pun ada darah tinggi dan baru2 ni gula dlm darah dia naik mendadak sampai 30... bayangkan kandungan gula normal ialah dibawah 10 sedangkan dia punya 30... bahaya giler... doktor kata bila2 masa dia boleh collapse...


Aku terpaksa meningkatkan langkah berjaga2 coz sekarang ni preggy plak tu... risiko sgt tinggi utk mendapat penyakit merbahaya ni...


Last sekali, semoga roh Opah Lang ditempatkan ditempatkan ditempat org2 yg beriman dan diredhai Allah. Takziah pada Tok Alang dan keluarga. Al-Fatihah buat Opah Lang. Amin.


Bersama amalkan pemakanan dan cara hidup yg sihat dari sekarang... Hanya anda yg mampu mengubahnya...

No comments:

Post a Comment

Budak Comel yg komen...