Siapa yg tak menguap lepas tgk gmbr2 ni angkat tangan?
Try tgk yang ni pulak....
Bohong ler kalau korang x nguap sama.... Singa dan kucing ni pun akan menguap once they all tgk kwn2 diaorang menguap...
Penerangan saintifik menyatakan yang kita menguap disebabkan oleh keperluan fizikal kita. Selain daripada kepenatan, kita juga menguap kalau darah kita kekurangan oxygen. Ada juga teori yang menyatakan menguap dapat melaraskan suhu badan kita. Sesetengah orang berpikiran yang kita menguap kalau kita rasa bosan dan mengantuk... memang betul...
Tapi korang perasan tak kalau korang tertengok org lain menguap or tgk gmbr org menguap mcm gmbr kat atas tadi tu... Korang akan menguap jugak, walaupun yg sebenarnya korang xmengantuk...
Ada teori yg mengatakan bila kita lihat orang menguap, otak kita proses informasi dan informasi itu disalurkan ke brain circuitry yang menganalisis dan meniru gaya yang dilakukan oleh orang lain. Circuitry ini dipanggil “mirror-neuron system” kerana ia mengandungi sel otak yang special yang menjadi aktif bila kita membuat sesuatu atau bila kita melihat orang lain membuat sesuatu lalu meniru aksi orang lain.Selain daripada pengajian itu, penyelidik membuat teori bahawa kejangkitan menguap ini dapat menolong kita berkomunikasi... kita punya level of alertness kepada orang lain. Dengan itu, kita dapat coordinate masa tidur kita dengan orang lain.
Satu lagi teori menyatakan menguap adalah senaman untuk peparu dan tisu disekelilingnya. Mengeliat dan menguap adalah salah satu cara untuk menyegarkan kembali otot dan sendi , meningkatkan denyutan jantung dan membuatkan diri kembali segar. Ada juga yang percaya menguap adalah tindak balas perlindungan yang mana sejenis bendalir seperti minyak yang dipanggil surfactant akan dirembeskan semasa menguap bagi membantu melincirkan peparu dari dalam dan mengelakkan ia daripada ranap.
Dalam Islam terdapat beberapa riwayat yg menerangkan serba sedikit tentang menguap antaranya:
Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan At-Termizi daripada nabi s.a.w., katanya yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu. "
"Sesungguhnya Allah azzawajalla membenci mengangkat suara ketika menguap dan bersin.
Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap, lalu dia berkhayal dalam ingatannya, bahawasanya Nabi alaihis-salam tidak pernah menguap sama sekali, niscaya akan hilang perasaan hendak menguap itu dengan izin Allah. "
Dari riwayat2 ini kita boleh rumuskan beberapa adab yg harus dipraktikkan masa menguap:
1. Tutup mulut... (ni biasa, kalau x nnt syaitan berlumba2 nak masuk dlm mulut tu)
2. Jangan keluarkan bunyi masa menguap...
3. Eloklah disahut dgn Allahuakbar...
Sekian beberapa info tentang menguap....
Renung2kan dan selamat menguap....