Followers

Thursday 7 July 2011

Al-Maklum malam jumaat kan....


Tips2 Love you forever....

Walaupun nmpk remeh and kecik jer... tp sgt berkesan utk menambahkan kemanisan hidup berumah tangga... sekali sekala boleh cuba aktiviti ni utk menghangatkan kemesraan

1. Cuit-cuit
Yang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau agak nmpk si dia sibuk dan kelihatan tertekan serta tegang semasa sedang membuat kerja, cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sedikit rasa stresnya. xluak pun...

2. Kenyit-kenyit.
Macam x biasa masa nak ngorat dulu mesti ada kenyit2 mata kan. Mesti seronok mengusik si dia dengan cara ini. Respons dia juga tentu menggemberikan hati kita.

3. Eh! terpegang plak.
Sekali sekala bila minta tolong pasangan ambilkan barang buat2 le terpegang tangan dia masa dia hulurkan barang itu, ambil tangan dia, bukan ambil barang itu. Lepas itu, pandai-pandailah minta maaf, ‘ops, sorry salah pulak". Mesti dia sengih2 jer pastu...


4. Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air.
Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia. Tp kena make sure line clear dulu yer... Sekali sekala, cuba biarkan pintu terbuka sikit ms mandi, tapi jangan besar sangat . Ngam2 utk mengendap je... Bukan apa, kalau nampak sikit kan lebih menyeronokkan daripada nampak banyak. Pastu, buat2 lah macam tak perasan pintu tu tak kunci. Barulah ada ‘ummphhh!’.

5. Urut mengurut.
Sekali sekala, apa lah salahnya urut-urut manja badan pasangan korang. Lakukanlah pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, ketika tgk tv atau masa borak2

6. Usik melalui telefon.
Boleh jugak sakat2 melalui telefon. Cth nye bile dia call kita masa nak angkat tu buat2 le mcm dia tersalah dial, tukar lah suara jd org lain... sekali sekala bergurau mcm ni boleh menceriakan suasana...

7. Suapkan makanan.
Bukan anak sahaja makan nak kena suap. Si dia pun sekali sekala nak juga rasa makan bersuap. Alahai, macam masa makan beradap ketika bersanding dulu. Jadi tunggu apa lagi, suapkanlah si dia. Barulah mesra.



8. Betul-betulkan rambut.
Biasanya suami yg isterinya berambut panjang boleh le tolong betul2kan rambut dia. Romantik kot.

9. Nak masukkan gear…ops, terpegang tangan.
Walaupun cara ini dah agak basi, tetapi masih relevan untuk diamalkan. Nampak macam drama swasta tak apa. Janji bahagia. Alah, apa salahnya kalu terpegang. Dah sah pun. kalau duduk berdua duan dlm kereta lg best...

10. Ops… tuala terlepas
Jika si dia ada dalam bilik masa kita tgh pki baju lepas mandi, ambillah kesempatan ini. Buat-buatlah macam tuala terjatuh masa nak pakai baju. Mesti terbeliak matanya melihat anda. Bukan tidak biasa tetapi tidak sangka. Lepas itu, terpulanglah kepada anda….


11. Gesel-gesel
Kalau berjalan di tempat sempit, janganlah malu-malu untuk bergesel dengan si dia. Tak payahlah hendak elak-elak. Lagi rapat lagi bagus. Barulah mesra namanya. Selain meningkatkan kemesraan, cara ini juga boleh dijadikan mukadimah untuk hubungan seterusnya…

12. Cubit-cubit
Cubitan itu biarlah cubit-cubit sayang. Janganlah pula melampau sampai merah telinga kawan itu menahan sakit. Bimbang nanti, lain pula jadinya.


13. Hembusan lembut pada telinga.
Semua yg dah kahwin mesti tau telinga adalah salah satu organ seks, hembusan lembut pada telinga boleh buat seluruh bulu roma meremang... paham2 sendiri lah yer what to do next...

14. Ciuman di dahi/pipi
Yang ini, kalau diamalkan pasti ramai yang cemburu. Apa tidaknya. Wah, mesranya pasangan tu. Jadi tunggu apa lagi, buatlah cepat, tidak perlu tunggu-tunggu lagi. Sebelum pegi keje elok diamalkan.


15. Sembur wangian pada bilik.
Bukankah kita semua tahu, rumah adalah syurga sesebuah keluarga. Oleh itu pastikan rumah anda sentiasa bersih dan wangi. Dengan cara ini, setiap kali melangkah kaki masuk ke rumah, hati anda pasti tenang. Bila dah tenang, mudahlah untuk ke adegan yang seterusnya.

16. Tolong betulkan baju
Waktu bersiap untuk ke pejabat adalah antara masa yang paling sibuk. Tidak dinafikan saat itu memang tegang. Masing-masing terkejar-kejar, takut lambat ke pejabat. Bagi yang inginkan kemesraan suami isteri, ambil peluang saat sedang sibuk itu dengan tolong si dia betul-betulkan pakaiannya. Biar lagi kemas. Barulah boleh digelar pasangan bahagia.

17. Bisikkan kata romantik pada telinganya.
Jarang dilakukan oleh suami isteri yg dah lama mendirikan rumah tangga. Kalau buat sekali sekala mesti sweet...

18. Mandi bersama
Sendiri pikir lah yer... sekali sekala sure romantik...




2 comments:

Budak Comel yg komen...