Followers

Tuesday 29 June 2010

LICIN... Tak bersiso langsung

Walaupun dah upload gmbr ni kt Facebook... Kat blog pun kena letak jugak... Smlm punya lauk.. Memang licin sampai xdo tulang yg tinggal....

Kat blog ada resipi sekali... so kawan2 ku yg dah mengomen gmbr aku kt FB tu... Ni dia resipinyer... Sila lah tgk dan cobe...

::Siakap Stim Limau::

Bahan2:

  • Siakap (siang, kelar sket, pastu lumo dgn asam limau dolu 5min)
  • 1biji Bawang besar (potong dadu)
  • 5 ulas Bawang putih (cincang, kalau byk lagi sedap)
  • 2cm Halia (cincang)
  • 1btg serai (racik halus)
  • Cili api, cili hijau, cili merah (potong kecik2 ikut suka nak byk mana)
  • 1 biji Tomato (potong dadu)
  • Daun limau purut sehelai (racik halus)
  • Asam limau Nipis/kasturi janji limau (perah siap2 dpt semangkuk kecik ok lah)
  • Oyster sos sket
  • Cukup rasa sket
  • Garam

Cara2: sonang banar... (kata org N9)

  • Sediakan kukus...
  • Letak ikan dlm pinggan yg muat2 size ikan.. elok yg berlubuk sket... kuah byk br sedap..
  • Gaulkan garam, oyster sos, cukup rasa dgn asam limau tu, tmbh air suam sket.. agak2 lah... kalau xsuka masam sgt letak le gula sket... bg balance...
  • Taburkan ajer suma bahan yg tinggal atas ikan... pastu siram le dgn air asam yg dah digaul tadi...
  • Letak dlm periuk kukus... rasa2 dah masak tutup le api...
  • dah siap...


:: Sambal goreng ikan bilis dgn kulat::
Kulat=Cendawan
Bahan2:
  • Ikan bilis (goreng)
  • Kulat (gaul garam sket n goreng jugak smpi garing)
  • 1biji Bawang besar (potong halus)
  • 2biji Bawang merah, 2 ulas bawang putih, 1cm halia (blend/tumbuk)
  • Cili boh (blend dgn belacan sekali)
  • asam keping
  • minyak utk mengoreng

Cara2:

  • Tumis bahan yg dah ditumbuk/blend sampai naik bau... msk cili boh n asam keping serta garam secukup rasa
  • Goreng smpai garing, msk bawang besar, ikan bilis dan kulat
  • Agak2 dah garing cam dlm gmbr tu dah lah
  • dah siap...

senang bebeno lah....

Cuba jangan xcuba...

Nota Kaki: Pada sapa yg tak tau kulat tu apa, nnt akan den uploadkan gmbr rupa kulat tu yer... tggu post seterusnya...


2 comments:

  1. terliur btol sama kulat tu...ikan stim dah mkn malam td :)

    ReplyDelete
  2. Tumpang idea buat stim ah esok :P

    ReplyDelete

Budak Comel yg komen...