Followers

Monday 23 August 2010

Cikgu xde otak

Kepada cikgu2 jgn marah... Ada moral tersirat melalui dialog lawak ni... Sila baca sampai habis yer..... kalau terkena batang hidung harap maaf....

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan ?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi.

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan.

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan ?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada.

Nota kaki: Moga anak2 kita terlindung dari perkara2 seperti ini....

2 comments:

  1. hehehe. zaman skrg kalo budak2 ckp mcm tu... harus berbirat budak tu dikerjakan

    ReplyDelete
  2. zaman sekarang cikgu mana bleh buat paper, kalau budak kata camtu... kalau berbirat budak tu... sok2 lusa keluar surat khabar lah Cikgu tu... huhhhuhu... kena saman...

    ReplyDelete

Budak Comel yg komen...