Salam,
Kali ni mari lihat keindahan Putrajaya....
Dulu memang Putrajaya tu mcm tempat jin bertendang... tp sekarang tidak lagi... Kerana apa?
Kerana Putrajaya sudah semakin dipenuhi bangunan-bangunan yang hebat dan unik. Tak ketinggalan juga rekabentuk lanskap dan susun atur bangunan yg kemas juga membuatkan Putrajaya tidak lagi sunyi seperti dulu...
Sesiapa yg pernah pergi ke Putrajaya pasti setuju dengan apa yg saya katakan ini... Lihat saja reka bentuk lampu, jambatan, dan masjid serta bangunan yg ada disana... Semuanya ada identiti tersendiri... melihat gambarnya sahaja kita boleh tau... "oooohh!! ni kat Putrajaya ni..."
Dan kalau anda ada menonton drama-drama di televisyen, Putrajaya sering dijadikan lokasi untuk penggambaran mereka. Ada juga yg mengambil peluang untuk menjadikan Putrajaya sebagai latar belakang didalam album perkahwinan mereka.
Salah satu tarikan yg ada di Putrajaya adalah rekabentuk jambatannya yg unik dan menarik.
Kalau anda tak percaya mari saya jamu mata anda melalui kaca lensa Amer Azlan.
Cantek bukan? Jom singgah Putrajaya malam ni...
No comments:
Post a Comment
Budak Comel yg komen...