Followers

Wednesday 3 June 2009

RM292,000 000 bukan sikit tau



Lagi2 bangunan runtuh.... minggu lepas bangunan kat Petaling Jaya runtuh.. Semalam kita digegarkan lagi dgn berita keruntuhan Stadium yg baru berusia 1 tahun... Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Terengganu. Dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi semalam, hampir 60 peratus bumbung stadium yang berharga RM292 juta itu runtuh. Stadium itu merupakan gelanggang utama SUKMA 2008, dirasmikan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei tahun lepas.

Info

  • Dibina Mei 2006; siap 2008
  • Kos RM292 juta
  • Sebahagian daripada Kompleks Sukan Gong Badak bernilai RM500 juta
  • Kapasiti 50,000 orang
  • Mempunyai prasarana sukan bowling dan skuasy
  • Dimajukan beberapa kontraktor tempatan; kerja pemasangan bumbung dilakukan syarikat Korea Selatan
  • Stadium pertama di Asia guna sistem bumbung tanpa sokongan tiang

Persoalannya, bagaimana Stadium yg hanya berusia 1 thn boleh runtuh sedangkan RM292 juta dilaburkan utk pembinaannya... banyak ke sikit RM292 juta tu? DENG DENG DENG...

ha... tgklah gmbr sebelum dan sesudah...

Ada yang kata mungkin sebab struktur binaan bumbung yg tidak bertiang menjadi punca... tak logik kan... bak kata Muhyiddin, kalau rosak sikit mungkinlah... tapi runtuh... xpatut, xpatut... kerugian akibat keruntuhan tu je dah nak 25 juta... duit lagi... diaorang ni senang2 aje sebut juta2 kan?

Walaubagaimana pun... Alhamdulillah, sebab xde yg cedera...

Disebabkan kejadian itu Kejohanan Sukan Staff IPTA ke-34 terpaksa di alihkan ke tempat lain... kesian organizer, budget boleh buat grand2 kat stadium mahal... kena tukar tempat pulak..

teruk jugaklah keruntuhan itu..

Isu ni dibincangkan di hotChat Hotfm pg ni... ramai yg tinggalkan komen... sampai saya and my hubby nasib x bergaduh dlm keta tadi...

maklumlah dia kan org gomen... kan dlm surat khabar kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu nak siasat kes ni... yelah RM292 JUTA tu bukannya sikit... so sy just ckp je baguslah buat siasatan kemana duit berjuta2 tu pergi... suka2 je guna duit rakyat sampai berjuta2 pastu xsampai 2 thn bangunan runtuh... sy x mention pun org gomen amik rasuah ke apa... tetiba dia bising gi lah siasat dulu, xyah lah nak tuding jari kat governement je... katanya... Nasib baik dah nak sampai opis… perbincangan ditangguh kat rumah nnt ye daddy…. Terasa pulak dia… org xsebut gomen pong… last but not least,

Untuk semua government servant…. Kalau anda xsalah, jgn lah terasa…. Actually budaya rasuah ni bukan ada dlm government aje tau… tak caya gilah tanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tu… even dlm kehidupan kita seharian pun kita xsedar kita sedang memberi rasuah dan mengambil rasuah…

Sebagai penutup pos harini sy nak pki Nabil punya trade mark….
LU PIKIR LAH SENDIRI….
Pinjam jap ye Nabil…

1 comment:

  1. 2 la.. x psl2 dh runtuh.. syg btl.. bih kn duit rakat jer.. ni nk kasi repair blk pn kuar duit rakyat gk.. mesti de yg "curi" duit n pkai material murah... bkn nk menunding jari la.. mngkin jgk slh contractor.. tp mcm yg ko ckp, ngn RM292 mil, x kn sng2 runtuh dlm masa setahun.. plg cuak pn 3 or 4 tahun.. tah la.. kerajaan kte skang ni dh corrupt.. (sori ye to those yg keje gomen).. c"_)

    ReplyDelete

Budak Comel yg komen...