Followers

Friday, 3 April 2009

We got new PM today

Bermulalah proses peralihan kuasa kepemimpinan negara apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi menyerahkan surat melepaskan jawatannya dan memohon perkenan melantik Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri keenam semalam.

Pak Lah memasuki pekarangan Istana Negara semala kira-kira jam 10 pagi dengan menaiki Proton Perdana dan keluar kira-kira sejam selepas itu sambil tersenyum dan melambai kepada wakil media yang menunggu di luar istana.

Datuk Seri Najib yang mengambil alih jawatan Presiden Umno daripada Abdullah pada Perhimpunan Agung Umno minggu lalu, turut menghadap Yang di-Pertuan Agong setengah jam selepas itu. Timbalan Perdana Menteri memasuki perkarangan istana pada jam 11.25 pagi dan beredar kira-kira 45 minit dengan menaiki Proton Perdana.

Istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan serta sumpah simpan rahsia di hadapan Seri Paduka akan diadakan di Istana Negara pada jam 10 pagi ini.

Selepas angkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib akan menandatangani surat menyimpan rahsia kerajaan sepanjang tempoh menduduki kerusi tertinggi kerajaan. Majlis penyerahan nota serah tugas Perdana Menteri oleh Abdullah kepada Najib pula dijadual berlangsung di Pejabat Perdana Menteri pada jam 4 petang.

Pelantikan Najib mengulangi sejarah bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, yang memegang jawatan nombor satu dalam kerajaan dari 1970 hingga meninggal dunia pada 14 Januari 1976. Najib dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 7 Januari 2004 ketika menjadi Naib Presiden Umno paling kanan.

Sebelum itu, beliau pernah menjadi Menteri Pendidikan (1995-1999) serta dua kali sebagai Menteri Pertahanan pada Oktober 1990 hingga April 1995 dan dari Disember 1999 sebelum berpindah ke Kementerian Kewangan pada 17 September 2008.

Lepas ni... bermulalah episod baru Malaysia dibawah pimpinan Najib.
Mari kita lihat pembaharuan apa pulak yg akan Najib buat... bersedialah rakyat Malaysia...

Kepada Pak Lah, terima kasih atas segala yg telah di lakukan... Slogan Gemilang, cemerlang dan terbilang tak kan luput di Malaysia InsyaAllah...

Perhhh... Patriotik habis...









Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

1 comment:

  1. di harap ngn tampuk pimpinan br, Malaysia akn trus maju..

    tp mcm klakar la ngn p'edaran politik Malaysia ni.. kalo dlu Tun Dr Mahathir duduk d tampuk pemerintahan t'lalu lama sehingga ada pihak yg ingin kn perubahan..

    ble d beri kuasa kpd Pak Lah, hanya sekejap jer la plak zaman pemerintahan nyer.. coz org nk kn perubahan gk.. arap2 Dato' Seri Najib ni b'tahan la..

    nape agk sume ni t'jadi..? sbb MANUSIA NI X PERNAH PUAS..!!

    sgt2 b'arap ngn k'pimpinan Dato Seri Najib dpt la kira nye dia m'perbaiki politik negara yg dh mcm per tah.. sume tamak harta n k'dudukan jer skang...!!

    MAJU LAH MALAYSIA...!! peace..!!

    ReplyDelete

Budak Comel yg komen...